8
Anak teruna tiba-tiba demam. Emm.. mula-mula tu duk fikir nak tumbuh gigi sebab air mulut dia asyik melelah je. Kemudian, esok genap setahun tu mungkin salah satu penyebab dia demam. 


Bila tengok anak makin merenget, nak minum susu pun macam sakit je, Dkna bawak ke Klinik Kesihatan. Doktor sahkan tonsil dan katanya agak teruk. Berbekalkan ubat demam dan antibiotik untuk sembuhkan anak teruna. 

Dari petang semalam sampai ke malam, tak sampai 5oz minum susu. Air masak pun kalau dia minum nampak sangat sakitnya. Lepas telan, dia terus menangis. Aiskrim? Ermm.. makan sikit lepas tu dia tak nak buka mulut. Sakit !

Semalam, terpaksa bawak ke kecemasan sebab anak menangis tak henti. Lapar.. tapi sakit nak telan susu walaupun mata dah mengantuk sangat. Pukul 3 pagi baru selesai urusan di Kecemasan. Doktor cakap tonsilnya memang teruk sangat. 

Antibiotik tonsil

Kali ni dibekalkan antibiotik Augmentin. Antibiotik ni lebih bagus untuk cepat sembuhkan tonsil dari yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan petang tadi. Antibiotik ni jenis serbuk, kena bancuh dengan air masak ikut sukatan kat botol. Cara makan, 2 kali sehari. Harap Mikhail cepat sembuh dari penyakit. Amin.



Post a Comment

Blogger Babyface said... 9/5/15 9:06 AM

sabar jelah Makcik Dkna.

Hani hari tu pun sampai pegi ke Hospital gak. Kes yg sama gak.

skrg ni ok. alhamdulillah.

nanti anak teruna tu sihatlah.boleh kawan ngan anak dara nama Hanim

Kak Mahh said... 9/5/15 11:22 AM

cian abe mikha

yoorin melacolea said... 9/5/15 1:08 PM

alaaa esok dah birthday dia.. moga cepat sembuh mikhail.... kesian dia sampai taknak menyusu..

Ezy Loy said... 9/5/15 3:59 PM

kesiannye die..
semoga cepat sembuh!

Nur Fauzi Bassar said... 9/5/15 9:56 PM

antibiotik tu mmg selalu klinik pakar kanak2 guna.

Kalau boleh cuba ke klinik pakar kanak2 ke. Takut kena pneumonia dan melarat.

Banyak kali dah jumpa bayi terlambat dirawat akibat pneumonia ni. baru minggu lepas dgr dalam kawasan sendiri ni baby terlambat dirawat...

huda said... 11/5/15 2:11 PM

hopefully cepat sihat ye, takmo sakit lama2...

Akak Vitamin said... 13/5/15 8:53 AM

alahai siannya.. kalau tonsil cuba bagi aiskrim vanilla

Suhana Mohd.Diah said... 15/5/15 12:31 PM

Speedy recovery Mikhail! Awak strong boy kan!

Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

 
Top