6
Buat kaki pancing, haaa.. kat sini Dkna nak kongsi satu lokasi pancing yang menarik. Kali pertama Dkna ke sini, apa yang Dkna tengok 'wah ! besarnya kolam..banyaknya kolam'.

Lokasinya kat Batu Caves, Selangor. Kolam Pancing Tok Batin, Bukit Lagong ni memang unik sebab terletak di tebing bukit. Udara nyaman dan sejuk jer. Kalau memancing 5 jam pun tak terasa panas maklumlah kawasan redup dengan pokok dan kayu bakau yang masih segar.








Kolam Pancing Tok Batin ni ada lebih kurang 7 kolam untuk kaki pancing memancing ikan. Manakala 2 daripada kolam tersebut merupakan kolam tangkap lepas yang mana ikan yang ada dalam kolam tersebut bersaiz besar, lebih kurang 15kg seekor. Pergh ! Kalau dapat yang ni, memang tak berselera nak makan, besar sangat tu.

Bermacam-macam jenis ikan yang ada kat dalam kolam ni. Kaki pancing yang datang sini memang tak akan balik dengan tangan kosong sebab ikan kat sini banyak. Pemiliknya memaklumkan bahawa ikan akan ditambah ke dalam setiap kolam selang 2 kali seminggu. 

Kali pertama Dkna tengok seorang kaki pancing dapat 11 ekor ikan dari pelbagai spesis dalam tempoh 1 jam. Haaa ! Bayangkan kalau korang memancing kat sini untuk tempoh 3 jam. Berapa ekor agaknya ikan korang dapat. Fuh ! Memang rezeki dia dapat ikan banyak. 



Bagi kaki pancing, jangan lepaskan peluang untuk memancing kat sini. Jarak perjalanan ke lokasi ni dari jalan utama lebih kurang 2 km. Korang akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Alamat :
Kolam Pancing Tok Batin
Kampung orang Asli
Bukit Lagong
batu Caves, Selangor

Waktu Operasi
3.00 petang hingga 12 malam

Harga / pancing
RM 20 / 3 jam


Ni no fon pemiliknya 0133837110 (Cikgu lie) tapi talian kat kawasan sana amat2 susah. Harap bertabah kalau nak contact.


Pesanan : Abaikan papan tanda bagi harga lama yang dipaparkan.


Post a Comment

Cetak Baju Murah said... 19/5/15 4:40 PM

nice info.. tq dkna...
nanti free leh gi sane.. :D

Kak Mahh said... 19/5/15 5:49 PM

Dkna Pancing tak?

cik Ngah said... 19/12/15 4:34 PM

dkna nak no tel pemilik kolam pancing tok batin ni..
ada ta?

Dkna Abza said... 19/12/15 5:55 PM

Cikngah 👆👆👆👆
Ni no fon pemiliknya 0133837110(Cikgu lie) tapi talian kat kawasan sana amat2 susah. Harap bertabah kalau nak contact.

cik Ngah said... 21/12/15 8:37 AM

terima kasih

Abuaufa said... 9/9/16 10:30 PM

Assalamualaikum. Terima kasih. Murah la... Rm20 3jam... Ikan apa yg banyak kat situ? Bayaran rm20 tu untuk satu batang pancing ker? Mata kail berapa boleh pakai?

 
Top