5
Kami suami isteri memang penggemar buah durian. Kalau dapat durian, sekali ngap jer boleh habis sebiji seorang. Dkna lebih suka, kopek buah pastu makan...pastu kopek lagi, makan. Suami pulak lain caranya, dia kopek semua durian kemudian letak isinya dalam bekas. Pastu baru dia makan...haaa. Walaupun kami berbeza cara makan, tapi kami tetap berlumba-lumba habiskan durian depan mata. 






Ni durian D24, katanya gred yang paling bagus RM25/kg. Kami beli 2 biji jer, cukupla untuk basahkan tekak dengan isi durian. Beli kat susur turun jalan yang menghala ke Pasar Borong Selangor dari arah Putrajaya. Gerai tepi jalan jer, korang yang tinggal berdekatan sini mesti boleh teka lokasinya. 


Balik rumah, terus kopek buah durian ni. Ermmm.. kuning elok jer nampaknya buah pertama. Rasa pun manis. Buah kedua pulak kita cuba..ermm. Berbaloi la beli buah durian kat sini. Isinya memang elok, manis dan cukup masak. 


Terlintas kat fikiran esok nak masakan pulut dan cari santan, boleh la makan pulut durian. Tapi..ermm.. buahnya dah sedap, tak sempat nak masak pulut, durian dah habis..hehehehee.  



Post a Comment

KiD said... 25/5/15 11:51 PM

ahaiii... dua bijik je?? kata nak kasi tiga bijik kat kid.. hehehehe

Kak Mahh said... 26/5/15 7:23 AM

Sikit jer....bakpo dop beli banyok.

Athirah Diyana said... 26/5/15 8:17 AM

alaaaa tak boleh makan durian.....

eima said... 26/5/15 12:23 PM

sedap ni ... fuhh kuning isinya tu ....

Mizz ErMa said... 2/6/15 9:49 AM

sedapnya..dah lama x pekena durian..hihi

 
Top