2
Raya dah tak lama lagi kan, ada yang risau berat badan tak turun dan perut makin kehadapan. Malu nak berhari raya rumah saudara-mara takut kena kutuk dengan sanak saudara. Betul tak? Haaa.. bila bulan puasa, kebanyakkan dari kita akan bertambah bahagia maklumla bulan Ramadhan ibarat syurga makanan kat bazar Ramahdhan. 

Ok, Dkna kongsi beberapa tips untuk ramping sebelum hari raya. Kongsian dari baca majalah Remaja ! Tiba-tiba rasa muda .. hehhe..  Jangan gelak kuat-kuat okeh sebab majalah remaja membantu korang untuk terus ramping.



Strategi 1 : KURANGKAN MAKAN PADA WAKTU MALAM
  • Ingat ! makan pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan seseorang. Punca utama korang makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam disebabkan korang mengabaikan sarapan pagi dan makan tengahari. Jadi, mulai hari ni cuba disiplinkan diri untuk sarapan dan makan tengahari. Bulan puasa nanti, jangan amalkan makan lewat malam kononnya 'sahur' awal, nanti berat badan naik menjelang hari raya. Menangis la korang tak muat pakai baju raya.


Strategi 2 : PERBANYAKKAN PENGAMBILAN SERAT
  • Menurut kajian, setiap orang memerlukan 25gram serat sehari untuk menghilangkan lemak dan mendapatkan perut yang rata. Pengambilan serat yang kurang menjadi salah satu faktor perut membuncit dan gendut.

Strategi 3 : JANGAN LUPA AIR PUTIH
  • Ramai dikalangan kita buat andaian bahawa air putih punca perut buncit ! Diingatkan bahawa, minum air putih dalam kuantiti banyak dapat membilas sodium dari tubuh dan mengurangkan masalah kembung. Cara nak tahu samada kita minum air putih banyak atau tidak dengan melihat warna dan jumlah urin. Kalau warna kuning pucat dan kuantiti banyak, ia bermakna kita sudah minum air putih secukupnya tapi jika sebaliknya itu menunjukkan air putih yang diminum adalah kurang. 


Strategi 4 : PERHATIKAN KANDUNGAN GARAM
  • Garam diperlukan oleh tubuh dalam mengatur cairan tubuh dan tekanan darah, transmisi saraf, fungsi otot dan penyerapan nutrisi penting. Kelebihan garam dalam tubuh punca perut buncit. Badan wanita memerlukan lebih kurang 500mg garam sehari tetapi kita mendapatkan lebih kurang 3000mg hingga 6000mg sehari disebabkan daripada makanan segera di restoran. Semasa mengambil makanan yang tinggi garam, tubuh akan memberi tindak balas dengan menahan air dan ia menyebabkan edema hingga boleh menjadi penyebab tekanan darah. 

Info : Majalah Remaja : 1 Februari 2011 : Muka surat 61

SELAMAT MENCUBA 


Post a Comment

Daddy Ziyyad said... 11/6/15 4:21 PM

Time Ramadan la mmg kita patut ambil kesempatan utk slim kan badan...hihihih...

Mmg air putih tu kena banyak ambik...
Tapi selalunya, kita tertarik dgn air manis ( tebu la, oren la, sirap bandung, cincau, teh tarik...hahaha)

sue sue said... 12/6/15 4:52 PM

sue memang tunggu bulan pose,,,time ni la boleh turun 5kg kot...tazabar nak pose....hihihi..terima kasih share info yang best ni...



Singgah blogjongging! salam perkenalan

 
Top