2
 11 AMALAN SUNNAH KHUSUS BULAN RAMADHAN


Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah” (HR Bukhari & Muslim)

Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa” (HR Bukhari & Muslim)

Berdoa Sepanjang Berpuasa Dan Ketika Berbuka
Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya” (HR Bukhari & Muslim)

Menjauhi Perkara-Perkara Yang Bertentangan Dengan Ibadah Puasa
Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya (puasa tidak diterima)” (HR Bukhari )

Bersiwak Atau Menggosok Gigi
Andaikan tidak memberatkan umatku, nescaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu” (HR Bukhari)

Bermurah Hati Dan Banyak Menderma

Menggandakan Amalan Membaca Dan Mempelajari Al-Quran

Memberi Makan Untuk Berbuka Puasa
Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR At-Tirmidzi)

Mendirikan Malam Dengan Solat Sunnat
Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)

Giat Beribadah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan
Bahawa Rasulullah apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya
(HR Bukhari & Muslim)  

Beriktikaf Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan
Rasulullah selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan” (HR Bukhari & Muslim)

................................................................................

Promosi Ephyra dan Skinbar !


Dapatkan promosi ini dengan segera. Hubungi 017 221 7636 untuk detail promosi. Free gift menarik menanti anda !

Post a Comment

Sue Izza said... 3/7/15 10:12 AM

ma selalu pesan kalau tak puasa pun sediakan dan hidangkan tuk yang nak berbuka,banyak pahala,untungla mak2 dan isteri heheheh

CikLily Putih said... 5/7/15 2:06 PM

ermm bagus ni... bersedekah itu penting tau...

 
Top