6

Baru sekarang Dkna percaya, anak bila balik kampung semua yang dia nampak depan mata buat dia teruja sangat-sangat. Cecah usia setahun, anak dah pandai melihat sambil bagi respond apa yang dilihatnya. Terkejut, teruja, seronok, takut, hairan dan lain-lain. 

Balik Kelantan tempoh hari merupakan pengalaman pertama Mikhail boleh pijak rumput dan pasir depan rumah atoknya. Kelakar kan? Haa.. kat rumah putrajaya mana ada rumput depan rumah, buka pintu terus jalan menuju ke lif tapi bila kat kampung buka pintu nampak tanah dan rumput. Memang seronok la. 

Tengok ayam, itik dan kambing lagi bertambah pelik muka Mikhail. Teruja sangat sampai mulut ternganga sambil cakap bahasa dia sendiri. Bila tengok anak terlebih teruja, rasa sedih dan kesian pulak kat anak. Binatang macam ni mana nak jumpa kat rumah Putrajaya...hahaha. Jarang-jarang sekali dapat jumpa kucing jer.

Kebetulan rumah atoknya berhampiran dengan jalan utama arah ke Kota Bharu, bila lepak depan rumah tu boleh nampak lori dan bas. Setiap kali nampak 2 jenis kenderaan ni, muka Mikhail mula pelik..hehee. Kesian anak.

Paling kelakar, kami sekeluarga saja nak usik Mikhail dengan kambing. Wah ! memang pucat mukanya. Bila nampak kambing tu jauh, dia punya seronok sambil tunjuk-tunjuk jari tanda tanya binatang apa kot. Bila kambing mula dekat, peluk erat ibunya sebab takut. Nak hilangkan rasa takutnya, suami saja bagi Mikhail tunggang kambing. 

Kenangan buat anak teruna. Muka pucat, nafas pun termengah-mengah sebab penat sepak terajang kambing..hahahaa. Nak kata dia takut kambing, tak pulak dia menangis. Mungkin geli kot..hehee

Video boleh tengok kat Instagram Dkna. Jangan lupa, follow yea. 

Post a Comment

PeRdU cINta said... 28/7/15 12:49 PM

Kambing tu betina ke jantan..kalau betina mesti redha je..sebab Mikhail cumil..

Farah Waheda Wahid said... 28/7/15 12:54 PM

seronok mikha ada kampung...abang ash tak ada kampung...he he he...

Yan Ty said... 28/7/15 2:32 PM

Alahai.. ciannya tapi comel pula

aizamia3 said... 29/7/15 12:04 PM

Teringat dak Kakak masa dia kecik dulu.. dah mandi wangi.. dia boleh pegang ekor anak kambing dan ikut anak kambing tu.. anak kambing tu redha je apa yang dak Kakak buat pada dia.. ;)

Hayati Ghazali said... 29/7/15 12:33 PM

Seeloknya ajar la anak kecil menyanyangi haiwan.....

Kak Mahh said... 29/7/15 6:14 PM

Nanti kita buat terapi kambing lagi.

 
Top