14
Hari ni, bosan di pejabat. Urusan kerja semua dah siap, bulan Ramadhan ni bulan yang paling relax bagi Dkna berbanding bulan-bulan lain yang sibuk dengan urusan pejabat. Nak kongsi kisah kat blog, tak ada perkara menarik nak dikongsi. Waktu tak ada kerja macam ni, sempat la singgah blog gosip artis, bosan jer. Kemudian singgah baca kisah 2 anak kecik didera. Allahuakbar ! bayi usia 4 bulan dan sambungan kes Yaya tempoh hari.


Alor Setar: Ibu bapa bayi Putri Wafa Mohd Saifudin berusia empat bulan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 11 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kecederaan dialami anak mereka yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. 

Menurut sumber, hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada mangsa yang mengalami pendarahan dalam otak dan mata. Lelaki berusia 26 tahun dan isterinya, 25, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan dan perintah reman akan dipohon esok. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan. Bayi malang itu sebelum ini dimasukkan ke HSB selepas mengalami sawan ketika berada di pusat jagaan di Sungai Petani sehingga menyebabkan kecederaan pendarahan dalam otak dan mata disyaki didera.



Pasir Mas: “Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” kata Sana Abdul Malek, 28, kepada bekas suami dan isterinya yang disambung reman bagi membantu siasatan berhubung penderaan kanak-kanak berusia lima tahun dikenali Yaya.

Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, semalam. Reman kedua-dua suspek berusia 39 dan 25 tahun disambung sehingga 12 Julai selepas perintah dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. Sana hadir ke mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga. Sebaik melihat suspek, wanita itu yang juga ibu kandung Yaya, gagal mengawal perasaan dan dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis.


Bayi usia 4 bulan tu...ermm. Entah apa dosanya kepada mak ayah sampai kena dera sampai gitu sekali. Tak sayang anak ke? Dkna pun selalu gak marah anak, geram gak kat anak tapi tak ada la sampai nak pukul anak. Marah pastu angkat anak terus dukung. Sape tak sayang anak oiiittt ! 

Kes yaya pulak, lagi kecian. Dari normal dah disahkan OKU. Allahuakbar ! Ayah kandung depan mata tak nampak ke anak sakit? Mak tiri pulak tak ada rasa kesihan ke kat budak tu. Dunia !

Uikss.. tak nak taip panjang-panjang, nanti lain pulak jadi kisah adik berdua ni. Doakan mereka semua selamat dan dirahmati Allah swt. InshaAllah.

Post a Comment

Suria Lekatlekit said... 7/7/15 12:22 PM

akak pukul la jugak.. tapi tampar kat tempat2 yang di bolehkan macam kat lengan atau peha.. tapi kalau kat sweeden memang kategori mendera dah tapi sebab kita kat Malaysia ni kira setakat pukul2 manja jer.. Memang kadang2 geram tapi takde la nak lanyak macam tumbuk sambal belacan. Normal la tampar sikit2 tu nak bagi pengajaran.. tak tau la yang jenis dera anak even anak orang sekalipun.. apa dia pandang budak tu pun tak tau... bila perikemanusiaan kurang, maka takde beza manusia dengan iblis

misz sheyla said... 7/7/15 12:23 PM

eee..xfaham la knp sanggup buat anak mcm ni..anak sendiri pulak tu...xrase ke kite nak sakitkan budak yg bukan anak kite pun xsampai hati...

eXplorasa said... 7/7/15 1:44 PM

manusia akhir zaman... sudah tak tau dosa pahala

Khai♥Rin : anies said... 7/7/15 2:20 PM

suppose hukuman bagi pendera ni adalah kita buat balik ke atas mereka mcm mereka buat ke atas anak2 tu...biar mereka tahu berapa azabnya bila didera

fyna said... 7/7/15 4:16 PM

tak sanggup nak tengok budak yang kena dera. rasa nak sebat je orang yang mendera tue. haiisshh..

Rina Pretty Healthy said... 7/7/15 4:23 PM

Diorang ni pukul anak macam pukul anak patung.

Inikan pula binatang nak pukul pon sayang tak sampai hati...
Manalah pergi perihatin dan kasih sayang. Bagai dirasuk syaitan!

Kalau sekali dua boleh la dimaafkan,. ni sampai berkali2 dan luka satu badan,.

Parah2..kita pukul dia balik baru tau!

Najmi Nawawi said... 7/7/15 6:45 PM

Allah..

Sedih kan. Manusia sekarang dah hilang sifat manusia. Sebab kurang iman. Kurang takut kepada hari akhirat. Itu je sebeanrnya kan.

PeRdU cINta said... 7/7/15 8:18 PM

Mempersia rezeki yang Allah beri..kejamnya..

ewanthology said... 7/7/15 10:59 PM

bila xde anak, nak anak... dah ada anak dideranya pula.. hishhh

Kak Mahh said... 8/7/15 5:26 AM

Kasihan...tetiba rasa nak gomo Mikhail.

Tukang Karut said... 8/7/15 10:27 AM

haih... rimau pun sayang anak...

Raihanah Ahmad said... 8/7/15 12:41 PM

nak pukul anak jangan sampai mencederakan dan cacat. saya pun tak faham kenapa jadi camni masyaakat kita.

Rai OurKizuna said... 9/7/15 8:13 AM

ya allah kesiannya.. apa la nak jadi dengan diorang ni..

7 Sudu said... 9/7/15 11:02 AM

Sekarang ni banyak kes-kes dera macam ni. Orang sekarang susah nak handle stress kot

 
Top