11
Pagi tadi, buka pintu bilik air terus bau asap. Terdetik dalam hati 'makin teruk jerebu hari ni'. Kemudian, cuba intai-intai dari beranda rumah. Nampak kelam dan suram jer Jambatan Seri Wawasan, sahih jerebu teruk lagi.




Bersiap-siap nak hantar anak ke rumah pengasuh, sebelum tu pakaikan Mikhail dengan mask doremon. Walaupun rumah pengasuh hanya bertengangan jer, tapi untuk keselamatan dan kesihatan anak lebih baik ambil tindakan segera. Alhamdulillah dia tak meragam bila dipakaikan mask. Ayat baik pujuk anak 'nak naik motor, kena pakai mask'. Dengan rela, dia pakai..hehehe. Good boy !




Dalam perjalanan ke pejabat pulak, Masjid Putra dan Masjid Besi yang tersergam indah hilang dari pandangan. Dkna pandang kiri dan kanan ketika melintas Jambatan Seri Wawasan...ermm..tak nampak masjid tu. Kuatnya jerebu. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat kawasan dikesan pada kategori tidak sihat. Baccan IPU semasa pada jam 11.00 pagi, 21 Oktober 2015 iaitu Shah Alam (235), Pelabuhan Klang (204), Putrajaya (194), Banting (191) dan Petaling Jaya (187) menghampiri paras sangat tidak sihat.

Nasihat Semasa Jerebu:
  • Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
  • Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
  • Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.



............................................................................................................................................................
IKLAN!
Ready Stok ! Promosi !


Ephyra / Skin Bar / Inteemor / M2flex
WhatsApp : 017 221 7636 untuk detail promosi

Pastikan original, baru beli.  

Post a Comment

Inani Hazwani said... 21/10/15 1:21 PM

Samalah, bukak je pintu rumah bau asap

Inani Hazwani said... 21/10/15 1:21 PM

Samalah, bukak je pintu rumah bau asap

PeRdU cINta said... 21/10/15 1:22 PM

Subhanallah..Allahu..moga Allah pulihkan alam seperti sediakala..amin..

Amanda Suria said... 21/10/15 1:38 PM

Dalam office dah boleh bau asap dah sekarang

✿ Ina Ainaa ✿ said... 21/10/15 2:35 PM

Makin teruk jerebu ni.. Ritu macam dah okay. Huaaaaa. Stress mata bila drive kereta

Hafizul said... 21/10/15 4:16 PM

Tu la..kat sini pun teruk gak..dari hari ke hari makin teruk..semoga esok semakin baik..aminnn

Sally Samsaiman said... 21/10/15 4:16 PM

Sally punya dada pun dah mula sakit...harapnya tak kena pape laa...semuanya sebab jerebu ni...

Semoga pulih cepat la hendaknya!

PinKy MoMMa said... 21/10/15 5:13 PM

mask bnyk sold out tau dkna hukhuk..yg surgical jer ada..pun boleh laaa..jnji ada kan..mmg teruk sgt jerebu ni

Yana MIB said... 21/10/15 6:23 PM

mujur la den dh cuti...eh eh! >_<
tp duk rmh pn kena berkurung..tutup pintu, tingkap sume...bukak langsir pn rasa sakit mata tgk asap je kt luar...hehh

anazarin dotcom said... 21/10/15 6:57 PM

Nie pun dah start sakit tekak dan selesema...bahaya

aizamia3 said... 22/10/15 1:31 PM

Setakat ni Alhamdulillah ai dengan anak2 sihat tapi tetap risau dengan keadaan berjerebu ni, asap berbau sampai ke dalam rumah.. huhuhu..

 
Top