14

Kononnya nak ubah selera makan tengahari ni, nak makan menu lain dari cafe kat pejabat. Dah jemu tiap-tiap hari tengok hidangan sama walaupun banyak pilihan. Kadang-kadang nak termuntah tengok makanan tu. Korang pernah rasa tak gitu? heheheee.

Jalan kaki la ke cafe pejabat sebelah dengan kawan. Harap ada menu yang membuka hati dan nafsu nak makan. 

Dkna cuma ambil nasi separuh, sekeping ikan merah masak lemak dan separuh telur asin. Siap ! Tak ada sayur, tak ada ulam, tak ada sambal. Tu jer Dkna pilih. Dah cukup untuk buka selera makan. Pergi kaunter, tunjuk makanan dalam polisterin tu. 

"berapa kak"... ditilik, ditenung makanan tu. Kemudian dia jawab "RM 9".

Tergamam kejap. Tanya lagi. RM 9 ke? Yeaa..balasnya. 

Keluarkan duit, terus bayar. Rasa macam mahal pulak menu makan tengahari ni. Sebab sebelum ni Dkna tak pernah makan semahal tu. Korang rasa betul ke harganya? Boleh dikatakan, nasi dengan lauk semata-mata. 

Ni gara-gara GST ke sampai harga melampau? Haaa..atau mungkin harga tu tak mampu dibayar oleh rakyat marhaen cam Dkna? heheheee..



............................................................................................................................................................
IKLAN!
Ready Stok ! Promosi !


Ephyra / Skin Bar / Inteemor / M2flex
WhatsApp : 017 221 7636 untuk detail promosi

Pastikan original, baru beli.  


Post a Comment

Julia Johari said... 28/10/15 2:01 PM

Erkkkkkkkkkk RM9.....mahal DKNA...kempen bawa bekal aktifkan balik hehhehe

yoorin melacolea said... 28/10/15 2:10 PM

ikan merah memg mahal dkna.. lg laa sekrg dah nak musim tengkujuh kan.. kadang tengok terliur ambik jugak laa nak merasa..

ubai ismail said... 28/10/15 2:11 PM

telur masin kot yang mahal tu.. hahaha

Hanim Hashim said... 28/10/15 2:43 PM

tak masuk akal tu dkna ... lenkali geleng kepala depan dia biar dia rasa hehe

Amanda Suria said... 28/10/15 3:13 PM

mak aiii mahalnya..akaka tu nak pi mekah balik hari ke....kalau RM6 gigih la lagi...

Sihat Ceria said... 28/10/15 3:16 PM

Ikan merah memang mahal...tapi RM9 is too much

PeRdU cINta said... 28/10/15 3:23 PM

Mahal la dkna..tapikan PC pernah kena...mee goreng separuh,telur mata 1,,paru sekeping besar duit 5o sen..tu je 5 ringgit...haha..terus kenyang..

GIla Makan said... 28/10/15 3:33 PM

Biasalah macam tu saya pun kena macam tu gak. nasib

Lyn Yusoff said... 28/10/15 3:52 PM

Hari tu i pun terkena.. sbb dah lama tak mkn kat luar..
nasi separuh, air sirap & ikan bakar cencaru curah sambal. Rm8.70..
rasa cam mahal...

Shark Kay said... 28/10/15 4:10 PM

hehehe..
mmg xleh nk komen apa.
solution dia kena rajin bawa bekal ler lepas nie.

Ruzita Idias Ismail said... 28/10/15 4:11 PM

Ikan merah mmg mahal, tapi kalau sekali makan rm9, darab 2X sehari makan tak masuk bfast lagi tu, darab pulak dengan sebulan..berapa kos makan saja ya... Beli ayam seekor semalam..RM9.. boleh makan satu keluarga untuk 2 hari.. Macam mana nak simpan duit.. kalau yang gaji besar tak mengapakan..

eima said... 28/10/15 4:14 PM

mmg mahal la ... ikan ngan telur masin je rm9 ?? report kpdnkk .gile ke hape

Rizziela said... 28/10/15 4:14 PM

mmg pun..mana2 pun semuanya mahal...

last choice ..bawa bekal la dari rumah.. jimat..tp x boleh ada sikap M la.. sy M tu selalu singgah... purse pun dah mengecut ajer hujung2 bulan :D

Fatihah Fazlin said... 29/10/15 6:29 PM

Sy pun pernah kena makanan mahal tak masuk akal. Sy tnya gtau depan2 terus... 'mahalnya'.. cashier senyap je..

 
Top