9
Sejak Dkna join group Home Schooling di facebook baru-baru nie, rasa macam terlalu kerdil bila mendidik dan mengajar anak sendiri. Yea laaa.. ramai yang post macam-macam cara dorang mendidik anak di rumah. Ada yang seusia Mikhail dah boleh kenal menyebut huruf A, B, C. Wah ! Terkejut jugak Dkna, sedangkan Mikhail baru jer pandai memanggil nama 'bu (ibu), bi (abi), nak, cir (tok sir/tak nak), dap (sedap). Terfikir macam mana anak dorang dah boleh kenal huruf?

Dalam banyak posting di facebook, tanpa sedar sebenarnya Dkna pun dah mengajar anak di rumah dengan beberapa kaedah. Antaranya menggunakan kaedah arahan. Adakah ni jugak dipanggil home schooling? Maaf, Dkna tak begitu arif dalam menggunakan bahasa home schooling

Setiap minggu, suami akan keluarkan syiling yang dikumpul dalam beg doremon dia untuk diberikan kepada anak. Haaa..banyak tau kumpul syiling ni semata-mata nak ajar Mikhail menabung. Dalam pemerhatian kami, Mikhail akan masukan duit syiling ke dalam tabung yang disediakan. Satu persatu dia akan masukan duit mengikut arahan.


Gigih walaupun nampak terseksa untuk seorang budak kecik nak masukan duit syiling dalam lubang yang kecil. Kadang-kadang bila nampak dia macam fed up, Dkna tolong masukkan duit syiling tu supaya dia kembali minat untuk habiskan syiling yang ada.  


Jangan biarkan anak sorang-sorang, terlalai ibu bapa boleh bawak musibah kalau anak masukkan duit dalam mulut. Bahaya ! 

Buat masa sekarang, anak dah boleh mengikut segala arahan walaupun kadang-kadang mood dia kelaut. Bila buka drypers, dia dah tau mana nak letak drypers yang kotor. Meluru ke dapur dan buang dalam tong sampah. Baju kotor pula dah pandai masukkan dalam bakul yang tersedia, andai kata tak ada bakul, dia akan menuju ke mesin basuh. 

Bila kerja office hour ni, memang tak sempat nak mengajar anak kat rumah, masa amat mencemburi. Kesian kat anak. Hari minggu jer berpeluang untuk mengajar anak sekadar yang termampu. Nak paksa anak seusia sekarang rasa macam 'alahaaaiii..kecik lagi anak, tak perlu bagi tekanan'. betul tak pada pandangan ibu kat luar sana? Tapi bila tengok anak orang lain dah pandai bermacam-macam perkara, terdetik dalam hati rasa cemburu sebab ibu mereka berpeluang mendidik anak sebaiknya.



............................................................................................................................................................
IKLAN!
Ready Stok ! Promosi !


Ephyra / Skin Bar / Inteemor / M2flex
WhatsApp : 017 221 7636 untuk detail promosi

Pastikan original, baru beli.  


Post a Comment

PeRdU cINta said... 12/10/15 11:17 AM

Perlahan lahan..in sha Allah boleh..

eima said... 12/10/15 3:49 PM

apa yang penting parent kena rajin je nak mendidik anak-anak ni

Siti Rohaida Yusof said... 12/10/15 5:05 PM

dari kecil kita kena didik anak..memang sejak join homeschooling ni,rasa lagi semangat nak mengajar mereka

PinKy MoMMa said... 12/10/15 8:24 PM

pandai dkna ajar menabung..nnt boleh mnta anak bujang awak blnja kek besday lah utk acik fink hahahahahaha..ehhh

Kak Mahh said... 12/10/15 10:04 PM

Setiap individu lain cara didikannya .

Inani Hazwani said... 13/10/15 12:45 PM

Jom menabung :)

El Janna said... 15/10/15 2:40 AM

bgusnya kecik2 dah pndi menabung

sabree hussin said... 16/10/15 10:05 PM

Kecik-kecik dah pandai menabung :D

::EIDA:: said... 22/10/15 5:28 PM

pandainye iye menabung .. gud gud boy !

 
Top