7
Kisah lama yang diperap dalam draff sepanjang tahun. Hari ni, sempena penutup tahun 2015, aku kongsi kisah ini supaya suatu hari nanti, bila aku dah tak ada kat dunia ni anak-anak aku tau kisah adik beradiknya. Coretan ibunya. 

........................................................................................................................................................... 

Nak kongsi pengalaman aku dengan korang mengenai "miscarriage". Ermmm.. percayalah semua ini berlaku bukan kehendak kami tapi dah ditentukan oleh Dia yang terbaik untuk kami sekeluarga cuma Dia datangkan sedikit ujian kepada kami supaya lebih rapat dengan-Nya.

Fuh ! Tarik nafas panjang-panjang untuk cerita, naluri seorang ibu.

Waktu tu tengah malam, terjaga sebab sakit perut sangat. Esok pagi aku terus ke Klinik Kesihatan Presint 9 buat medical checkup. Doktor sahkan aku mengandung lebih kurang 9 minggu. Kemudian doktor transfer ke kecemasan kat Hospital Putrajaya.

Pukul 2 petang sampai pukul 6 petang, baru tiba giliran aku dirawat kat Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Berjam-jam tunggu kat kecemasan walaupun dah bawak surat dari Klinik Kesihatan. Pada pandangan aku, kes aku bukan katagori kecemasan sebab tu kena menunggu lama sampai sakit bontot..heheee

Ok, doktor check aku, dan keputusan "masih terlalu awal untuk buat andaian walaupun saya dah tengok tak ada denyutan nadi, yang ada cuma kantung dan janin...puan balik dulu dan buat pemerikaan susulan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah pada ........ (2 minggu lagi) kecuali puan alami perkara berikut, ketulan seperti perut ikan atau apa-apa yang keluar berwarna putih, puan terus datang sini".

Selang 2 hari, darah masih lagi keluar...dan kali ni keluar dengan ketulan warna putih. terus aku ke Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Kebetulan doktor yang sama buat pemeriksaan. Keputusan doktor masih lagi sama, minta buat pemeriksaan pada tarikh 2 minggu lagi.

Masuk hari ke-5, aku dah tak tahan dengan rasa sakit..darah masih keluar tanpa henti. Ermmm..keputusan terakhir, aku ke Hospital Kajang untuk medical check up. Sampai sana, 3 orang doktor check..ermm..dan akhir kata dari doktor "saya ada 2 pilihan untuk awak sama ada kita buat D&C atau datang semula minggu depan untuk rawatan tapi dari pemeriksaan saya tadi, kemungkinan besar janin ini dah tak menjadi"

Diam ! Bisu ! Sepi ! 

Aku minta izin dengan doktor bagi sedikit masa untuk berbincang dengan suami. Kebetulan waktu tu suami aku dalam perjalanan ambil Mikhail dari rumah babysitter.

Setelah bincang dan ambil kata sepakat dengan suami dan keluarga, akhirnya D&C pilihan kami.



Terus masuk wad dan kena puasa dari pukul 12 tengah malam sebab rawatan D&C akan dilakukan esok pagi. 

Tepat jam 11 pagi, aku masuk ke dewan bedah kemudian diberi suntikan spinal, bius separuh badan. Haaa..waktu tu hanya Allah jer tau apa perasaan ketika tu. Rasa macam nak mintak dorang bius satu badan supaya aku tak nampak muka doktor dan nurse yang buat rawatan. 

Mata kelip-kelip tengok syiling, pastu nampak pulak pekakas yang doktor guna..macam-macam bentuk ada, walaupun proses D&C ni tak rasa sakit, tapi bila tengok dalam pantulan cermin lampu tu rasa ngeri tau ! Aku nampak doktor dah keluarkan 'sesuatu' dan dikuis-kuis. 

Selesai ! Nanti aku sambung cerita next entry yea. 


Post a Comment

Que Achmad said... 31/12/15 8:17 AM

bersabar, insyaAllah ada rezeki lain

Rizziela said... 31/12/15 9:01 AM

Sabar yer... pasti ada yg terbaik menantu tu

ubai ismail said... 31/12/15 9:07 AM

allah uji orang yang kuat je kak. jangan risau, nanti ada pengganti tu ^^ hehe

Hanim Hashim said... 31/12/15 9:27 AM

Sabar ye dkna, akak pun pernah gugur dulu ..cuma akak tak buat D&C. InsyaAllah moga tahun 2016 kita berdua diberikan kesempatan untuk mengandung lagi :D

Julia Johari said... 31/12/15 12:01 PM

Dkna...selalu orang cakap lepas gugur, lagi bertambah mudah nak pregnant seterusnya...aminnn semoga mudah utk seterusnya ye dkna

Kakzakie Purvit said... 31/12/15 12:31 PM

Sesak kakak membaca N3 Dkna kali ini.
Berdebar, ngeri dan ngilu
Betullah kalau terus tak sedar lebih baik sebab tak nampak dan tak dengar kan
Kalau sambung N3 jgn lupa inform kakak nak tahu kisah selanjutnya..

Salina Johari said... 31/12/15 2:05 PM

Allah SWT sentiasa menguji hambaNya ..

 
Top