1


Pagi tadi dah kecoh kat whatsapp, fb dan blog isu kenaikan tambang ERL. Memula Dkna tak ambik kisah sangat pun pasal isu ni, tapi bila terima gambar seperti kat atas tu baru terfikir macam-macam persoalan.

ERL, naik lebih kurang RM 20. Pergh ! Bukan sikit oit. Kalau ulang alik setiap hari, berapa agaknya kos untuk bayar tambang je? Kalau yang jarang sekali naik ERL, memang tak terasa peritnya. Ni tiap-tiap hari, jawabnya gaji habis untuk tiket semata-mata.

Dengar cerita, kad pelajar sekarang ni dah tak valid untuk dapatkan harga lebih murah dari kebiasaan. Kesian kan, student nak pergi belajar pun kena caj mahal. Duit dari mana? Mak ayah jugak.

Nak pergi dengan kereta, minyak, tol dan masa kena ambil kira jugak. Ermm... Perit hidup sekarang ni. Kerajaan umum naik gaji sekali pun rasanya macam tak berbaloi dengan kos sara hidup sekarang. Golongan marhaen macam kami ni jadi mangsa.

...........................................................................................................................................................
IKLAN!
Ready Stok ! Promosi !


Ephyra / Skin Bar / Inteemor / M2flex
WhatsApp : 017 221 7636 untuk detail promosi


Pastikan original, baru beli.



Post a Comment

Inani Hazwani said... 3/12/15 7:42 AM

Sekarang ni memang kena juga menyimpan sikit2, taraf hidup makin tinggi. Kita pula duduk bandar. Nak nangis rasa bila semua benda naik T_T

 
Top