7
Sambungan dari kisah tadi [Adik Mikhail Miscarriage], kita terus publish supaya kenangan ini terpahat di sini. Kita mulakan tahun baru dengan kehidupan baru. Lepas ni, jangan perli aku dengan ayat 'mikhail mintak adik'...hehehehee 

Selamat Tahun Baru 2016. 

.............................................................................................................................................................

Waktu doktor maklumkan yang dorang nak bius tu, aku tak rasa takut, gementar atau cuak, Hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Apa yang terlintas kat fikiran waktu tu agar cepat selasai D&C dan balik rumah. Kesian kat Mikhail dan suami, ulang alik dari Putrajaya ke Kajang.

Dalam dewan bedah tu, doktor maklumkan persetujuan untuk bius spinal. Aku sempat tanya doktor 'sakit ke tak?'..doktor cuma cakap 'sakit sikit jer'..lega !

Waktu nak cucuk tu...haaa.. bila doktor cakap tahan sikit yea.. hati mula dup dap dup dap. Ceerrrraaaakkk..jarum cucuk tulang belakang ! Rasa macam..macam..macam.. kena gigit semut jer. Wah! okeh..hahahaa. 



Proses D&C dilakukan. Alhamdulilah..selesai dalam tempoh kurang dari 1 jam. Dibenarkan rehat dalam wad selama 6 jam, tak boleh bangun dan tidur berbantal untuk elakkan dari pening atau pitam. Dari paras pinggang ke bawah dah tak boleh gerak, so aku baring jer la sampai hilang kebas-kebas kaki. Hari yang sama jugak aku dibenarkan keluar selepas doktor pakar datang buat pemeriksaan.

Dapat MC selama 2 minggu. Wah ! Seronok gila..hahaa.. tapi ...tapi.. mak pesan kena berpantang. Berpantang orang muda, korang faham-faham ajer la macam mana kan..hehee

Ok, berbalik kepada bius tadi, kesan dari bius spinal ni mula terasa waktu malamnya..terasa macam mana? Haaaa.. tempat yang doktor cucuk tadi tu kan, akan rasa sakit..dah mula rasa sakit kat situ..yea..tempat jarum tu. sengal-sengal macam tu.

Hari seterusnya, mula rasa sakit pinggang. Pergh ! sakit pinggang yang tak boleh nak duduk tu, lenguh! nak baring jer. Kesan bius spinal ni lebih kurang 3 hari aku alami sakit ni, bukan saja kat pinggang tapi sampai ke kaki rasa sakit. Dah macam baru lepas bersalin, lenguh-lenguh gitu. 

Menurut Dr Zubaidi, Keadaan ini dinamakan 'Transient Nuerological Symptoms' yang menyebabkan berlakunya kerosakan saraf sementara berpunca daripada reaksi saraf terhadap bius spinal. Sesetangah wanita akan menerikam kesan kesakitan pada bahagian pinggang dalam tempoh yang lebih panjang bergantung kepada tubuh badan masing-masing. 

Alhamdulilah.. kesakitan makin berkurangan dari hari ke hari. Dengan kesakitan ni, moga-moga Allah ampunkan dosa-dosa dkna, InshaAllah. Bayangkan kalau lelaki alami apa yang wanita alami, mampukah dorang tanggung semua kesakitan ni...ermmm.. 

Sebahagian kisah aku, pengalaman aku sendiri yang boleh dikongsi bersama. Kisah yang mana tak dapat aku kongsikan, biarlah jadi rahsia aku jer. Bagi ibu yang sedang membaca kisah ni, jangan risau atau gundah yea. Yakin bahawa setiap ujian yang Allah bagi tu hanya untuk mereka yang mampu harunginya.

Bila kawan-kawan tanya aku, sakit ke prosos D&C, jawapan aku 'tak sakit'. Tapi bergantung pada kes masing-masing yea. Apa pun, kita kena kuat demi keluarga tersayang.

Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 31/12/15 2:35 PM

Kecik-kecik Dkna tapi punya semangat kental itu yg kakak boleh kata. Kakak percaya yg baca ni semua ngeri/ngilu tapi bila Dkna boleh discharged on the same day nampak sangat Dkna memang kuat/kental. MC 2 minggu dpt rehat secukupnya.. syukurlah dah berlalu.

Moga 2016 ini akan terus sihat dan mana tahu ada peluang Mikhail dpt adik dlm tahun 2016 kan... kakak doakan.

Hanim Hashim said... 31/12/15 2:48 PM

akak takda pengalaman D&C, hanya boleh selami perasaan ibu-ibu yang dah laluinya. Bagi akak, D&C atau tidak ... keguguran itu adalah sesuatu yang sukar bagi seorang ibu untuk tempuhinya, tapi kita kena kuatkan jugak bila sampai masanya. InsyaAllah, moga Allah berikan kekuatan dalaman buat dkna. Jangan putus asa, kita cuba lagi malam ni ... #ehhhh hahaha :D

Nadia Johari said... 31/12/15 3:05 PM

Nad pun kene cucuk belkg masa bersalinkan fariza.lagi kene jahitan kali kedua sebab jahitan pertama ada prob..fuh dapat rasa semuanya masa tu

misz sheyla said... 31/12/15 3:26 PM

Takziah..kes kite same pulak...tapi mase kandungan pertama...tapi kantung keluar sendiri...xsempat tunggu 2 minggu ...sedih tapi redha jela..kena dnc jugak..nasib baik xsakit lepas cucuk kt tulang belakang tu...rasa sengal2 hari pertama je..esok dah ok

Siti Rohaida Yusof said... 31/12/15 3:30 PM

akak sampai sekarang ni sakit lagi kat bahagian tulang belakang.bukan sakit apa.rasa macam tak slesa,satu lagi sakit pinggang.memang dirasai sehingga sekarang la..akak diberi spinal tu sehingga hari ketiga di icu,mybe sebab akak ada masalah jantung,tu yang diorang lambatkan kesan tu hilang

Lisa Nurulain said... 31/12/15 4:46 PM

haa jadi sebenarnya ok ke tak bius epidural tu. sebab sblm ni ada yg viralkan kalau bius risk akan lumpuh

Akim said... 1/1/16 12:00 AM

Semoga cepat sembuh seperti sediakala

 
Top