2
Dah masuk hari ke-5 Mikhail gatal dan bintik-bintik merah kat dahi. Kisahnya bermula pada pagi hari Ahad, lepaa bangun tidur nampak merah-merah kat lengan. Memula ingat kena gigit semut. Kemudian kakak tegur nampak merah kat dahi. Macam ada sesuatu jer, bukan sebab kena gigit semut.


Sebelum bertolak balik ke Putrajaya petang tu, bintik merah kat dahi makin banyak. Kalau berpeluh, lagi nampak merahnya. Kat badan pulak tak banyak, ada sebijik dua jer. Selang seli timbul merah kat badan.

Puas fikir apa puncanya, elergi ? Makan apa? Last sekali, teringat yang Mikhail makan coklat kekacang ni.


Elergi kekacang? Mungkin jugak sebab aku tak pernah bagi Mikhail makan apa-apa jenis kacang seusianya. Nak kepastian, dalam perjalan balik ke Putrajaya, kami singgah kat Klinik 1 Malaysia, Kuala Krai. Jump doktor, tapi doktor tak sahkan yang Mikhail elergi kekacang.

Kemungkinan punca gatal ni sebab hama atau habuk kat tilam waktu dia tidur, kata doktor. Doktor pun tak boleh bagi ubat minum sebab usia Mikhail tak sesuai untuk pengambilan ubat. Doktor cadangkan sapu krim gatal. Bila dah hilang dan kembali normal, doktor minta aku bagi lagi sekali coklat kekacang ni. Andai kata selepas makan, perkara yang sama jadi lagi bermakna sahih Mikhail elergi kekacang.

Cuma sekarang ni kesian kat anak, malam-malam tergaru-garu gatal. Merah bawah mata tu bukan gatal, tu tanda anak lelaki yang aktif memang selalu dapat habuan..heheeee.


...........................................................................................................................................................
IKLAN!
Ready Stok ! Promosi !


Ephyra / Skin Bar / Inteemor / M2flex
WhatsApp : 017 221 7636 untuk detail promosi


Pastikan original, baru beli.

Post a Comment

Akak Kembang said... 3/12/15 10:13 AM

kesian mikael...garu2 boleh luka nnt...harap blh recover

Liyana Anuar said... 3/12/15 10:27 AM

kesiannya..mmg seksa kat budak kalau alergik2 ni kan..

 
Top