18
Esok dah gaji untuk kakitangan awam, seperti tahun sebelum ni memang gaji bulan Disember diawalkan sebelum perayaan Krismas. Boleh la shopping untuk kelengkapan anak sekolah atau duit untuk bayar yuran.

Tapi ada berita yang menyedikan dan mengejutkan ramai kakitangan awam bila penyata gaji bulan ni ada pemotongan dari PTPTN. Ada dikalangan kawan-kawan yang tak dapat gaji langsung. Maksudnya, baki gaji bersih yang dia sepatutnya dapat tapi dipotong keseluruhan untuk bayaran PTPTN.

Allahuakbar.. Memang menggigil tangan bila tengok penyata gaji. Terkejut sampai tak terkata. Bila ada yang tak percaya penyata gaji boleh kosong, banyak yang pertikaikan. Tak kan aku nak snap gambar penyata gaji dorang tunjuk kat korang berita ni sahih? Grrrrr... Ada yang kena tolak RM 500, 300, 100, 30. Jumlahnya berbeza-beza, jadi bermacam-macam persoalan yang timbul. Aku nak cerita pun rumit sebenarnya. Kalau korang ada rakan yang terkena nasib yang sama, korang tanya la dorang sendiri.

Kakitangan awam boleh semak status peminjaman masing-masing di HRMIS pada bahagian peribadi dan pilih pendidikan. Klik dan korang boleh tengok akaun pinjaman korang aktif, berhutang atau sebagainya.


Aku pulak tak salahkan PTPTN 100% bila dorang laksanakan pemotongan ni. Sedia maklum, dah lama dorang war-warkan untuk bayar balik pinjaman. Macam-macam cara dorang sebarkan melalui media sosial dan juga road show. Hari ni, penghutang tegar dah dikenakan tindakan sewajarnya. Tapi yang aku tak setuju tang potong gaji sampai licin. Mau fikir la orang nak hidup macam mana tak ada duit, mau merempat? Kalau yang dah berkeluarga, lagi bertambah kesian, anak nak sekolah tak lama lagi, yuran sekolah, kelengkapan anak.

Masa akan datang, mungkin pekerja sektor swasta juga akan dikuatkuasakan. Jadi, korang yang belum pernah buat apa-apa bayaran, bolehla aktifkan akaun PTPTN korang dari sekarang yea. 

Ermmm... Bila jadi macam ni, muhasabah diri. Andai berhutang, cuba bayar sikit-sikit, bayar setakat kemampuan kita. InshaAllah, Dia akan permudahkan lagi rezeki kita apabila kita bayar hutang. 

Post a Comment

misz sheyla said... 16/12/15 7:48 AM

mak aih..smpai licin..kite bulan 10 hari tu dah start potong..tpi sebelum buat potongan kena isi borang... n tulis dlm borang brape potongan yg kite nak..parah jugak la tapi nk buat mcmmne...ade study smpai degree buat pinjaman ptptn tapi rezeki keje gaji taraf spm je...mcm mne nk byr lebih kan..byr sikit2 jela yg mampu...

careno said... 16/12/15 8:32 AM

btul.. ptptn ambik tindakan tu aku x kecewa sgt sbb mmg patut dia menuntut hak die cuma smpai kosong gaji org tu agak kejam tindakan tu...

Shiqin Sunshine said... 16/12/15 8:52 AM

Hurm smpai kosong dia potong tataula nk ckp ape.... Kot dia nk belikan mak dia sumtink huhu...tapi apa2 pon hutang wajib dibayar...

JMR said... 16/12/15 8:54 AM

tak beragak potong smpi baki RM 0 di slip gaji tu..habis tu staf nak makan apa, nak isi myk camana? ke ini cara halus nk suruh staf benti kije sbb nak 'cut cost'?

Yana Libra said... 16/12/15 9:14 AM

takkan sampai licin terus..camne nk hidup..kesianlah camtu..tak beragak2..

Rizziela said... 16/12/15 9:27 AM

Mmenag dah parah dah.. jangan la tolak semua.. tolak ikut yg sepadan la..habis tu nak makan apa? kena yg ada anak bini.. bini plak x keje... mcm mn? tu yg masalah sosial yg semakin merungsing

titan said... 16/12/15 11:12 AM

bayar la awal-awal.

jangan dok tunggu aje.

diorang takkan potong kalau tak bayar langsung.

shahrul hairy said... 16/12/15 11:26 AM

Salam.

Rasanya bukan gaji kena ada baki 60% ke eh? huhuhu...

Shark Kay said... 16/12/15 12:08 PM

seram pulak bila sampai ada yang zero nie..
phew...
drastik sgt nie..

Kakcik Nur said... 16/12/15 12:33 PM

AllahhuAkbar! ...

Memang hutang wajib dibayar tapi kalau dah dipotong habis gaji tu, macamanalah kehidupan seterusnya. Bukan semua orang boleh berniaga...

Mama Idlan Irsyad said... 16/12/15 1:25 PM

yes, saya pun x setuju.. buat potongan pun agak2 la..takkan sampai licin... orang lain pun berhutang gak..tp ada jumlah yang digunakan utk byr hutang.. pttnya kadar potongan tu agak2la.. mgkin 10% ker dari gaji...bkn 100%..

dahla org kerja gov x dibenarkan buat kerja sampingan..harapkan gaji jer..x blh bayang siapa yg kena tu.. camner dia nk byr hutang lain? perut family lagi?

YB Shehan said... 16/12/15 2:18 PM

adoi. seksa.

Anonymous said... 17/12/15 7:44 AM

yg peliknya...dkna sorank je yg jumpa payslip zero...sdgkan dkna bkn duk bahagian kewangan pun kan?? so far takde jumpa lg btol2 payslip zero...rumors je byk dgar...so??

Dkna Abza said... 17/12/15 12:16 PM

hye anonnymous komen kat atas.. boleh saya persoalkan mana awak tau saya bkn duk bhgn kew?
mana awak tau sy jumpa sorang je payslip zero?
dan awak yakin entry saya ni rumors?
berapa ramai kawan awak yang kerja kerajaan?
berapa ramai kawan awak yang pinjam ptptn?
dan awak ni kakitangan awam atau private sector?

Anonymous said... 18/12/15 11:40 AM

nak saya paste link ke payslip kosong? ada la bongok weh. bukan sorang tapi lebih.

Akim said... 18/12/15 11:11 PM

Naseb baek tak keje kat government lagi.. ehehe

Salina Johari said... 31/12/15 2:10 PM

ada yang ambil mudah hitang PTPTN ni...terpulang pada individu sebenarnya...

Jodin said... 25/1/17 12:25 PM

PTPTN dah potong gaji dah pun.. Tapi secara sukarela la. Bukan paksa. Haha.

RM410 sebulan untuk tempoh 26 tahun.

Boleh baca dalam post ni.

Potongan gaji bayaran balik pinjaman PTPTN


 
Top