3
Setiap hari Khamis ada Karavan kat pejabat aku. Paling seronok kaum hawa la sebab boleh beli macam-macam kat sini. Lauk pauk, bawang, garam, sayur, buah dan banyak lagi la yang ada jual kat Karavan ni. 

Satu hari, aku bergosip dengan rakan blogger dalam group, bila aku cakap baru lepas beli pisang, dorang gelak sakan. Hambooii.. Korang, boleh pulak kaitkan dengan 'sesuatu' dengan malam Jumaat. Hahahaaa... 



Setiap kali ada karavan, aku akan beli buah pisang untuk Mikhail. Buah kegemaran dia, aku bagi buah epal atau limau memang dia tak layan. Kalau bagi pisang, sekali makan jer boleh habis 2 atau 3 biji pisang. Fuh! Mengalahkan aku. 

Sebelum ni Mikhail ada masalah sembelit, maklumla budak baru makan, macam-macam nak makan. Sampai satu tahap aku bagi ubat untuk setelkan masalah sembelit dia. Dan alhamdulilah, sejak dia makan pisang ni dah semakin ok masalah sembelitnya. 


Orang cakap, kalau waktu mengandung kita suka makan sesuatu makanan tu, bila anak dah besar, dia pun suka makan benda yang sama. Aku perasan kat Mikhail, suka makan pisang, lepas tu kalau bab nasi pulak dia lebih suka nasi yang ada 'perisa'. Haaaaa.. Macam nasi ayam, nasi beriani, nasi minyak, nasi lemak, nasi goreng dan lain-lain jenis nasi yang berperisa. 

Kalau nasi putih  lak, ikut mood dia nak makan banyak atau sikit. Ermm.. Tak pa lak nak, janji makan nasi boleh kenyang. Perut kenyang, tak meragam la kan. Anak korang suka makan apa? 



Post a Comment

Nadia Johari said... 22/1/16 1:15 AM

Hahaha..ingat pisang nak tambah adik..haha

Kakzakie Purvit said... 22/1/16 10:54 AM

Hmm... macam-macamlah ragam manusia ni Dkna:)

Bagus makan pisang ni. Potassium banyak. Mikhail pun tahu pilih buah utk kebaikan dia. Anak kakak yg kecik (dah 12 tahun pun) suka pisang. Kalau di asrama kan setiap kali makan ada buah kalau epal paling dia dah jemu tapi pisang dia suka pulak.

Suriaamanda said... 22/1/16 12:14 PM

suka pisang...kalau dapat pisang emas pun sedap ni...

 
Top