5
Memang gini perasaan mak-mak yea, dulu anak masih kecik, tak sabar nak tunggu dorang besar. Anak baru pandai meniarap, mak-mak dah tak sabar nak tengok berjalan. Sekejap jer berlalunya perasaan 'tak sabar' tu. Pejam celik, Mikhail dah hampir usia 2 tahun. Tapi aku pulak yang masih tak sedar, usia makin meningkat, makin dekat dengan ajal.

Sempat rakam video Mikhail makan, korang boleh usha kat instagram ni. Waktu memula dia nak makan sendiri tu, macam biasa la, aku tak bagi. Takut dia tak makan, takut dia nak main-main jer dengan sudu dan mangkuk dan alasan paling logik, takut bersepah rumah...ahahahaa. Kalau rumah bersepah, aku jadi 'mak ko hijau', hihiii.. huru hara dalam rumah nanti. Tapi daripada dibiarkan anak mengamuk tak dapat makan, lebih baik aku bagi dia explore dengan mangkuk dan sudu.


Tiba-tiba hati sayu sangat sambil merakam gelagat anak. Sedih sebab cepatnya anak besar, dari tak pandai makan sampai hari ni pandai makan sendiri ikut style budak la kan, ada la bersepahnya. Oh anak, cepatnya besar.

Ok, yang ni part die kutip balik makanan yang jatuh. Mulut bocor katakan, suap kat lain mulut nganga kat lain...hahaha. 

Sejujurnya macam tak percaya, lagi beberapa tahun, dah nak masuk tadika, masuk sekolah. Apa yang mampu aku doakan, semoga Allah panjangkan usia aku suami isteri untuk jadi makmum anak aku satu hari nanti. Amin.

Post a Comment

yaya cendana said... 7/1/16 8:54 AM

nanti ada rezeki kita jumpa lagi yekk

Hanim Hashim said... 7/1/16 8:59 AM

ye dkna, memang ginilah perasaan mak-mak tiap kali pandang anak-anak. Ni baru tengok anak makan dalam mangkuk dah sebak, belum tengok diaorang berjalan masuk sekolah lagi hahaha. Terharu, sedih, gembira, sebak semua ada time tu ... rasa masa cepat sangat berlalu huhu

Yana Libra said... 7/1/16 9:39 AM

besar dah dia..adam pun sama..hehe

PeRdU cINta said... 7/1/16 9:50 AM

amin..amin....

Farahain ZFA said... 7/1/16 8:54 PM

ain datang singgah sini dan follow .
salam perkenalan :)

 
Top