6
Mood nak update blog percutian ke Langkawi tempoh hari masih lagi di awangan...hahaaa. Waktu bercuti tu semangat membuak-buak nak kongsi cerita, bila dah habis bercuti terus diam. Ni lah salah satu sebab mengapa blogger  suka buat life update kisah mereka. 

Ok, aku mulakan dengan tempat penginapan di Langkawi. Aku tinggal di Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi yang diuruskan oleh Holiday Villa. Rumah penginapan ni khas untuk kakitangan kerajaan sahaja dengan mohon secara dalam talian di laman sesawang Bahagian Pengurusan Hartanah [BPH]. 


Waktu check in kat sana pukul 2.00 petang, jadi aku sampai sana memang tepat pada waktunya. Lebih kurang pukul 1.30 petang aku dah sampai depan lobi Holiday Villa. Rezeki aku sekeluarga, bilik dah tersedia waktu tu dan terus boleh masuk bilik dan berehat. Ok, masa di kaunter tu korang kena bagi surat kelulusan dari BPH yang di print out dan dikenakan deposit sebanyak RM 100 untuk setiap bilik. 


Aku ke sana bersama dengan mertua dan ipar, jadi aku ambik 3 bilik kesemuanya. Privacy untuk keluarga masing-masing. Harga untuk Bilik Deluxe RM 100 satu malam dan aku stay sini selama 3 hari 2 malam dengan bayaran RM 200 sahaja. Murah? Berbaloi? 

Haaa.. korang tengok sendiri kemudahan yang disediakan kat bilik deluxe ni untuk harga kakitangan kerajaan.




Bagi aku, bilik ni memang selesa sangat untuk keluarga menginap. Kalau bawak anak 2 atau 3 orang pun masih selesa untuk tidur dalam bilik ni. Dalam bilik ni memang besar. 

Antara kemudahan lain, ada peti ais yang kecik dan juga cerek untuk masak air, senang nak bancuh susu anak..hehee. Seperti hotel yang lain, segala kemudahan tersedia kat sini. Bawak diri dan juga pakaian jer. 



Ok, ni pulak bilik untuk menggosok baju. Iron tak disediakan dalam bilik deluxe ni, jadi korang kena gigih la iron baju kat sini. Kalau dah tahap malas sangat, korang cuba elakkan bawak baju yang kena iron. 



Ini pulak permandangan dari balkoni bilik aku. Ada pokok menghijau, waktu pagi buka balkoni rasa tenang jer sambil dengar deruan ombak dari pantai. Dari bilik aku tak nampak pantai tau, terlindung pulak permandangannya tapi waktu petang aku dan keluarga jalan kaki jer ke pantai yang tak jauh dari sini.


Tempat kegemaran anak-anak kalau tinggal kat hotel. Kolam mandi...horey. Best gila mandi kat kolam Holiday Villa ni, luas sangat dan untuk kolam budak-budak memang dah diasingkan. 

Disebelah kanan sekali tu kolam jacuzzi. Ada 4 kolam berasingan kat Holiday Villa ni. Aku tak sempat nak mandi kolam pun, bagi anak-anak dengan bapaknya jer berendam dalam tu. Fungsi aku, memerhari dari jauh sambil ambil gambar untuk update dalam blog .. hahahaaa



Kolam Holiday Villa ni menghadap pantai yea. Memang best sangat, lepas mandi kolam terus ke Pantai Chenang main pasir dan tengok permandangan yang amat cantik.


Kemudahan terakhir yang ada di sini, tempat permainan untuk anak-anak. Setiap kali nak masuk atau keluar dari bilik, lokasi ni jadi persinggahan anak aku. Sempat la dia main buaian dan gelongsor kat sini. Tak kira siang malam, mesti anak aku terkedek-kedek jalan cari buaian.


Bagi aku, untuk kakitangan kerajaan amat berbaloi untuk tinggal kat sini dengan segala kemudahan yang diberikan. Nak mohon rumah peranginan ni pun dah lebih senang berbanding satu ketika dahulu.

Untuk makluman korang, harga penginapan ni tak termasuk pakej untuk makan yea. Andai kata korang nak makan, boleh inform kat kaunter semasa daftar masuk dan korang layak dapat diskaun. Aku tak ambik pakej makan kat hotel, lebih suka makan kat luar dan nikmati masakan di Langkawi. Selamat bercuti !


Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 18/1/16 11:18 AM

Beruntunglah kakitangan kerajaan.
Kalau macam kakak ni kakitangan swasta mesti berganda-ganda charge dikenakan.
Sebab nampak memang cantik dan selesa sangat.

Yan Ty said... 18/1/16 11:47 AM

happy bonding w family.. atleast dpt masa bersama..

Rizziela said... 18/1/16 12:11 PM

syoknya.. bila la nak merasa kan

Yana Libra said... 18/1/16 1:31 PM

bestla keje gomen kann :)

Emarieys said... 18/1/16 1:56 PM

Nape anak cari dlm bph utk rumah persekutuan di Langkawi macam tak ada erkh.

Inani Hazwani said... 19/1/16 11:06 AM

Huwaaa bestnyaaa. Bila lagi entah dapat jejak Langkawi :D

 
Top