12
Masuk pejabat hari ni, pandang atas meja tapi masih kalendar 2015. Tiba-tiba rasa blur jap, sedangkan hari ni merupakan hari pertama bekerja bagi tahun 2016. Kalendar Ephyra pulak tertinggal kat rumah. Ermm..gigih la tengok kalendar kat telefon.

Hari ni, kakitangan kerajaan dah dapat bonus pertama bagi tahun 2016. Alhamdulilah, rezeki untuk semua. Kurang bebanan ibu bapa yang ada ramai anak, yang memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan anak di sekolah. 

Korang perasan tak, sebelum ni ada viral pembayaran gaji bagi kakitangan awam diawalkan. Itu semua bohong, yang diviralkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.3 Tahun 2015 tapi lampiran yang berbeza. Agak-agakla nak menipu pembaca sekalipun, bagi la info yang sahih. Ok, untuk bayaran gaji tahun 2016 seperti butiran dibawah. Tahun  ni, kakitangan kerajaan tak sempat nak 'merana' seperti tahun lepas terutamanya pada musim perayaan..heheheee




TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2016
  • JANUARI – 21.1.2016 (Khamis)
  • FEBRUARI – 25.2.2016 (Khamis) *Tahun Baru Cina 8 & 9 Februari 2016
  • MAC – 24.3.2016 (Khamis)
  • APRIL – 25.4.2016 (Khamis)
  • MEI – 24.5.2016 (Selasa) *Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2016
  • JUN – 23.6.2016 (Khamis) *Hari Gawai 1 & 2 Jun 2016
  • JULAI – 25.7.2016 (Isnin) *Hari Raya Puasa 6 & 7 Julai 2016
  • OGOS – 25.8.2016 (Khamis)
  • SEPTEMBER – 22.9.2016 (Khamis) *Hari Raya Haji 12 September 2016
  • OKTOBER– 20.10.2016 (Khamis) *Hari Deepavali 29 Oktober 2016
  • NOVEMBER– 24.11.2016 (Khamis)
  • DISEMBER– 20.12.2016 (Selasa) *Hari Krismas 25 Disember 2016

  • Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) mengenai pembayaran gaji tahun 2016 boleh dimuat turun di ANM.
  • Tarikh pembayaran bantuan khas kakitangan awam 2016 adalah pada 4 Januari 2016
  • Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam akan ditukar ke LPPSA bermula 1 Januari 2016

Post a Comment

Julia Johari said... 4/1/16 12:15 PM

Bagus info ni dkna...juju nak print screen simpan dalam hp hahhahaha

PeRdU cINta said... 4/1/16 12:16 PM

Ada baiknya juga kalau tidak rasa terbeban kerana tempoh menunggu gaji seterusnya bila gaji diawalkan...

CikLily Putih said... 4/1/16 12:37 PM

cepatnya gaji gomen ek, kami-kami yang keje private ni tetapnya setiap bulan

Ezad Skytech said... 4/1/16 9:00 PM

Memang syok kalau dapat gaji awal ni...lagi-lagi kalau musim perayaan...tapi kalau kerja swasta...bak kata Cik Lily Putih...memang da fixed da setiap bulan...tak boleh nak buat apa da...hehe

✿ Ina Ainaa ✿ said... 5/1/16 7:55 AM

Info bagus ni.... boleh bagi kat parents ena sebagai rujukan

Yan Ty said... 5/1/16 9:22 AM

Yeah! nnt nak pau Dkna for lunch!

Noriza Rahman Momma Vogue said... 5/1/16 11:43 AM

Bagus info ni untuk merancang kewangan tahun 2016

Mr Mahmud said... 6/1/16 12:45 PM

info menarik

Bobo said... 7/1/16 12:31 AM

gaji oh gaji, dapat gaji habis byr hutang :)

laman sihat said... 7/1/16 3:08 PM

dpt jadual awal-awal sng nk rancang perbelanjaan..nice sharing

Natasha Hudson said... 3/3/16 7:46 PM

moga bermanfaat untuk semua penjawat awam, bleh bajet siap2 duit bulan ni and ke next gaji...

 
Top