3
Bertalu-talu whatsapp petang ni dengan gambar kemanlangan ngeri di Gua Musang siang tadi. Paling sedih aku tengok mayat budak atas jalan tar. Meleleh air mata sambil tengok anak sedang tidur. 

Semoga kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

.................................................................................


GUA MUSANG: Enam sekeluarga maut termasuk tiga kanak-kanak, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu jam 10 pagi, semua tujuh mangsa yang menaiki PROTON Pesona dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang menghala Kuala Krai. 




Difahamkan, kereta berkenaan cuba memotong sebuah lori, namun gagal sebelum bertembung dengan lori lain. Ketua Operasi Balai Bomba Gua Musang, Saharni Harun, berkata akibat pelanggaran itu, enam penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi berusia 40-an, parah. 


Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang cedera dan keenam-enam mayat dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117260

Post a Comment

PeRdU cINta said... 23/1/16 9:01 PM

PC tengok berita pun terasa sayu hati..Al fatihah untuk mangsa yang terkorban...

Maria Firdz said... 23/1/16 10:16 PM

Terkedu gak tgk kat facebook.. Sayu hati tgk gambar budak tu... Al-Fatihah...

 
Top