1
Baru jer lepas hantar Mikhail ke rumah babysitter. Keadaan jalan depan rumah agak sesak dari sebelum ni. Maklumla, hari pertama persekolahan. Kat pejabat pun agak lengang sikit parking kereta. Mungkin ramai ibu bapa cuti hari ni untuk hantar anak ke sekolah.

Dalam perjalan ke pejabat tadi, suami cakap 'macam mana agaknya Mikhail sekolah nanti'...heheheee.. Aku pun tak tau nak jawab apa, tunggu masa dan ketikanya pasti akan lalui fasa tersebut. 


Satu ketika dulu, masih aku ingat nostalgia ke sekolah untuk hari pertama. Waktu tu, arwah abah aku hantar dengan motor dan berpakaian uniform. Aku ditinggalkan dalam kelas, kononnya arwah abah dah balik la kan. Sedangkan dia memerhati dari jauh. Lepas tu hilang. Ermmm.. sedih gak la time tu. Lepas tu nak ke kantin sekolah, tak pandai nak beli makanan...hehee. Lepas tu ternampak dari jauh, rupanya arwah abah aku masih lagi berada disekolah. Hanya memerhati dari jauh. Kemudian rasa macam malu-malu pulak nak beli makanan sebab dah tau arwah abah ada kat situ..hehehee.

Semua tu pengalaman yang masih segar dalam ingatan. Ingat-ingat lupa. Hari ni, aku rasa beruntung sebab aku ada blog. Blog yang berkongsi kisah-kisah yang akan jadi kenangan untuk anak-anak aku nanti. Aku harap, blog ni bermanfaat dimasa hadapan. InshaAllah. 

Post a Comment

Yana Libra said... 4/1/16 9:47 AM

saya tak ingat first day skolah macam mana..rasanya xde mak ayah teman pun..sbb kakak skolah sama..hehe

 
Top