2
Selepas bersalinkan Mikhail, lebih kurang 1 tahun 8 bulan aku tak makan laksa. Pergh! Gigih betul aku tahan nafsu nak makan laksa ni..hahaa. Salah satu pantang selepas bersalin yang paling lama aku mampu bertahan. Bila mertua aku ajak makan laksa yang sedap kat Kuala Kedah, aku terus jer setuju. 

Senang jer nak cari kedai Laksa Teluk Kechai sebab terletak berhampiran dengan Jeti Kuala Kedah. Kalau nak ke Langkawi tu, boleh la singgah makan yea. Mertua aku cakap, kat area Kuala Kedah ni ni memang femes sangat Laksa Teluk Kechai. Suami pulak asyik bercerita waktu dia kecik dulu, abah selalu bawak makan kat Kedai Din Laksa Beras, Teluk Kechai tapi malangnya bukan rezeki aku tuk nikmati laksa kat kedai ni. Waktu aku sampai sana lebih kurang pukul 8 malam, kedai tu dah kehabisan laksa. Mertua aku cakap kedai ni antara paling sedap. Patutla tutup awal.

Kredit aimannajmy.com
Tapi aku tetap dapat makan di kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai. Kedainya berselehan jer..heheee

Apa yang menariknya dengan laksa ni ialah ada sambal kelapa. Orang Kedah dan Kelantan panggil sambal nyior. Memula dapat tau ada sambal nyior dalam laksa tu, aku memang rasa pelik la kan sebab duk bayangkan sambal nyior parut yang aku selalu makan dengan pulut dan ikan kering versi Kelantan..hahahaa. Kalau suami tau apa yang aku bayangkan, mesti dia gelak sakan.


Jeng..jeng..jeng. Hidangan depan mata, aku terus tanya "mana sambal nyior". Rupanya warna kekuningan tu sambal nyior yang lain dari laksa lain. Suami cakap kuahnya memang ceroi (cair) sebab tak digaul dengan sambal nyior. Manakala setiap meja telah dihidangkan telur yang siap direbus. Kalau nak makan dengan laksa, kupas jer la.

Laksa kat sini aku sangat suka sebab diperbuat dengan beras tak sama dengan laksa yang aku selalu makan kat pasar malam..hahaaa. Kalau bab kuahnya pulak, aku lebih suka kuah yang pekat dengan ikan,  jadi kuah laksa ni hanya biasa-biasa saja. Sambal nyior tu tak pedas pun walaupun diberi nama "sambal" dan untuk pekatkan kuah laksa. Kalau nak pedas, kena tambah cili yang dah dipotong. 

Next time aku nak cuba sekali lagi Laksa Teluk Kechai ni di kedai bersebelahan tu. Orang kata, kena cuba lebih kurang 3 kali baru kita dapat nikmati makanan tu. Kena rancang balik Kedah lagi nampak gayanha. Ok, korang pernah makan laksa ni kat area Lembah Klang? Boleh bagitau kat mana lokasi, boleh la aku terjah dengan suami.



Post a Comment

eima said... 13/1/16 12:14 PM

tak pernah lagi mkn versi ni walaupun aku orang kedah... pelik jg .... sambal nok ?? hmmm

Farahain ZFA said... 14/1/16 9:55 PM

uishh , sedapnyaa..

 
Top