11
Sebenarnya aku tak tau pun ada Muzium Coklat kat sini. Maksud aku kat Malaysia la kan. Bila aku dapat jemputan lawatan ke Muzium Coklat, Kota Damansara memang teruja gila. Aku bayangkan dapat tengok coklat yang meleleh-leleh dari oven dan boleh terus ngaaapp kat situ. Woowww! Akhirnya apa yang aku bayangkan memang jadi realiti..heee. Ok, jom aku kongsi kisah di sana sepanjang hari.


Aku sampai depan Muzium Coklat seawal pagi sambil tunggu rakan-rakan lain dan juga media. Ruang parking tak perlu risau sebab memang dikhaskan untuk pelawat yang datang dalam kawasan berpagar.

Masuk ke Muzium Coklat ni adalah PERCUMA. Rugi siapa yang tak datang sini, dah la free, lepas tu dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 10 pagi hingga 5.00 petang. 

Ok, kedatangan kami dialukan oleh Encik Azuan Bin Arshad, Pengurus Muzium Coklat. Ok, kat Muzium Coklat ni aku belajar perkara baru iaitu 3E.


  • Education
  • Experience 
  • Enjoyable


Kali pertama aku tengok biji buah koko dari Malaysia. Di screen tv pula aku boleh tengok macam mana proses untuk ambil biji koko yang bermula dari pokok sehingga terhasilnya coklat. 


video

Ini pula video selepas biji koko yang ada di Muzium Coklat dan dipecahkan untuk tontonan kami. 





Seterusnya kami diberikan penerangan asal usul coklat dari zaman dahulu. Di bahagian ni korang boleh baca artikel yang dipamerkan di dinding-dinding muzium yang menerangkan macam mana "chocolate" dapat nama. Nak tau lebih lanjut, korang datang la yea. 



Bahagian yang paling aku nak sangat tengok dalam muzium, orang kata bahagian 'dapur'. Kat sini, aku tengok sendiri macam mana proses untuk menghasilkan coklat oleh cheff yang terlatih.



Belanja gambar makan coklat dari dapur Muzium Coklat...hehee. Ok, coklat ni fresh tau. Tengok cheff kat belakang tengah buat demostrasi kedua cara nak buat coklat, aku pulak dah cuba coklat yang dah siap.. Sedap wey!

Jangan risau bab halal, kesemua coklat yang diimport punyai status halal yang telah disahkan, kata pengurus Muzium Coklat. 




Pelawat yang datang ke Muzium Coklat juga boleh dapatkan coklat di sini. Banyak pilihan yang ada di sini dan yang pastinya coklat-coklat ini diimport dari luar negara. Mengenai harganya jauh lebih murah dari tempat jualan yang lain dan berbaloi untuk coklat yang diimport.




Dibahagian ni pulak merupakan The Muzium Cafe dimana coklat buatan sendiri iaitu DANSON dan FIDANI ditempatkan. Bagi coklat DANSON diperbuat dengan menggunakan teknologi mesin dan berbeza pula dengan coklat FIDANI yang dibuat secara manual dengan buatan tangan. Kedua-dua coklat ni setanding dengan coklat yang diimport. Aku sempat rasa beberapa jenis coklat ni, memang lain dari coklat yang aku pernah makan sebelum ni.


Cantik gila kek ni, rasa nak gigit jer. Dari jauh dah aku dah bau coklatnya. Ok, ni merupakan salah satu kek yang dipertontonkan atau display untuk tempahan bagi apa-apa majlis. Bahagian luar kek tu memang coklat, boleh jilat okeh..hehee. Cuma bahagian dalam atau kek tu hanya mock up. FIDANI juga menerima tempahan cenderahati atau gift untuk semua majlis keraian.


Sebelum aku balik, Education, Experience dan Enjoyable aku dah sedut dalam otak. Best tau datang sini, memang pengalaman baru untuk aku. Korang yang belum pernah ke sini, jemputla datang beramai-ramai boleh bawak anak-anak yang suka coklat. Kat sini juga korang akan dapat tengok kebaikan makan coklat dari segi kesihatan yang boleh mencantikkan kulit.


Jom borong coklat kat sini kerana aku nak kongsi berita gembira kepada peminat coklat. Chocolate Museum Kota Damansara akan mengadakan jualan murah bagi semua jenis coklat yang diimport dari luar negara seperti berikut :

Tarikh: 29 - 31 Januari 2016
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Alamat : No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor.
Waze Location: Chocolate Museum, Kota Damansara
Tel: 03-61434460/03-74904260

Instagram: Chocolate Museum
Websitewww.chocolatemuseum.my
Facebook : Chocolate Museum

Jangan tunggu lama-lama, datang ramai-ramai tau.


Post a Comment

Fyda Noh said... 26/1/16 8:37 AM

Waahh.. siap masuk dapur.. best2..

Allene typicalmommy said... 26/1/16 8:38 AM

Klu xpantang, laju dah pergi ni

nurdilla zaini said... 26/1/16 9:40 AM

Saya pun baru tahu ni. Teringin nak pi nanti.

Lisa Nurulain said... 26/1/16 9:42 AM

Belikan tuk lisa sekaliiii hehehe ... best kalau dpt tgk mcm mana buat coklat..sbb mmg peminat coklat

Kakzakie Purvit said... 26/1/16 10:47 AM

Bestnya Dkna.. kalau kakak ada peluang pun mesti kakak borong bebanyak coklat di situ. Design dia pun menarik.

Sue Izza said... 26/1/16 11:44 AM

ermmm sib baik tgh menahan dan berpantang ,kemain dkna sila makan banyak2 bagi bertambah lemak ye hahaha

Fiza Rahman said... 26/1/16 2:12 PM

Sedapnya nengok coklat2 tu.

cik mah said... 26/1/16 2:40 PM

Bestnyer..hr tu g yg kat penang tu biasa2 je..tp okeylah..

Nazlee Ismail PCL said... 26/1/16 3:35 PM

Dkna banyak bawa balik ole-ole cekelat? ..haa bak mai ckit

✿ Ina Ainaa ✿ said... 27/1/16 6:48 AM

Ena pun baru tahu kat Malaysia ni ada muzium cokolattt.. Ishh kena pergi ni, tetambah ena ni jenis suka cokolat..

Julia Johari said... 27/1/16 1:53 PM

Haa bagus lah ada promosi hjg minggu ni...kebetulan coklat langkawi beriban2 tu dah nak habis hahahha spesis suka coklat nak terjah lah

 
Top