2
Tak sah kalau tak kongsi tempat makan di Langkawi, sebab ramai yang tertanya-tanya atau mencari-cari kat mana kedai untuk menjamu selera yang sedap dan murah. Aku pun ada jugak mencari info dalam blog rakan-rakan blogger yang lain untuk terjah sebelum sampai Langkawi. Maklumla, persinggahan aku sebanyak 2 kali ke Langkawi sebelum ni atas urusan pejabat dan semua ditanggung oleh hotel. Tak sempat merasa makanan di Langkawi. Jadi, kali ni, aku terjah memana kedai yang menarik mata memandang.

Jom baca kisah makan aku di kedai kawasan Pantai Chenang yang aku sempat terjah di Langkawi.



D'Lima Cafe ni terletak di Pantai Chenang. Kedai ni berderetan dengan kedai-kedai disepanjang Pantai Chenang, dari jauh dah nampak signbord D'Lima Cafe. Kalau nak cari waktu malam lagi senang sebab warna kuning D'Lima Cafe tu jelas terpampang. Paling best, kedai ni dibuka 24 jam.

Aku singgah tempoh hari lebih kurang pukul 12 tengahari dan sememangnya waktu makan nasi la kan. Banyak jugak lauk pauk nasi campur kat sini, tapi aku order masakan panas. Selera tekak aku, masakan panas kat sini memang sedap. AKu bagi 4/5 bintang untuk masakan panas kat sini. Pelancong asing pun ramai makan kat sini tak kira siang dan malam.

Ok, mengenai harga dan menu pulak, korang boleh tengok senarai ni.



Berbaloi? Tepuk dada tanya selera.

Kedai seterusnya, aku terjah makan malam di Selera Lubuk Buaya. Nampak meriah gila kedai ni dengan dekorasi dan susun atur meja makan. Sesiapa nak makan kat sini jangan lambat tau, sebab kedai ni memang jadi tumpuan ramai. Maklumla lokasi strategik yang hampir dengan pantai.

Aku sampai kedai ni pukul 8 malam, orang tak ramai lagi. Jadi makanan yang kami order, cepat sampai.



Sambil makan tu aku perhatikan, orang dah makin ramai ke kedai ni. Bayangkan kalau dah terlalu ramai orang, servis pun mesti agak perlahan kan? Jadi, datang awal okeh. Kalau tanya aku bab rasa, masakan kat sini biasa-biasa jer. Cukup sekadar memenuhi selera anak tekak.

Harga pulak seperti list ni. Mahal atau murah, bergantung pada menu yang korang pilih.



Ni saja kedai makan yang sempat aku singgah di Pantai Chenang. Lokasi dan menu lain akan aku kongsi lagi.

Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 21/1/16 8:19 AM

Tempat makan di Langkawi rata-rata di tepi pantai
Makan dgn tamparan bayu meniup lembut, perut lapar biar apa pun tetap sedap Dkna. Kakak tengok the ambiance pun nampak santai betul.

Uncle Zuan said... 14/2/16 12:21 PM

lastime aku ke langkawi. aku makan fastfood je haha

 
Top