6
Minggu ni cuti umum sempena Hari Wilayah kan, jadi apa kata korang datang lepak sambil makan dan minum kat The Garage KL. Best giler tempat ni bak hang ! Kali pertama aku makan kat cafe hipster ni. TQ Projek Hipster sebab ajak aku sekeluarga layan hispter kat sini. 

Ok, apa yang menariknya kat sini dah pasti suasananya cafenya lain dari yang lain. Hipster kan..hahaa. Nah! Aku share gambar The Garage KL




Bertingkat-tingkat okeh. Ruang untuk makan sambil lepak memang selesa dan luas. Tempat ni lebih terbuka dan sesuai untuk orang muda layan jiwa kat sini.

Kalau korang ada anak seusia Mikhail yang memang lasak, aku cadangkan korang makan kat satu ruang tertutup dan berhawa dingin. Agak bahaya untuk anak-anak kalau makan kat ruang ni, tangga tu port paling suka la anak aku berlari dan panjat..hehee.


Kalau datang  waktu malam, korang boleh la layan live band kat sini. Siapa sudi jaga anak aku, sila inform yea sebab next time aku nak datang malam pulak sambil lepak dan layan muzik..ala-ala zaman bujang kembali...lalalaaaa. 


Jom aku kongsi ruang yang berbeza pulak. Ni merupakan bahagian bawah ruang berhawa dingin yang aku cakap tadi. Tak perlu risau nak biarkan anak kat sini, ruang tertutup dan pergerakan anak pun terbatas dan lebih selamat. 



Ni ruang yang kami lepak, dibahagian atas. Bestnya kat atas ni ada sofa dan jugak tv. Jenuh jugak nak kepung anak-anak duk berlari sana-sini, lagi ada geng lagi melasak la dorang. Anak aku yang paling lasak..hahahaa.


Kat atas ni jugak ada ruang untuk solat dan tempat ambil wuduk. Tandas pulak ada di tingkat bawah sekali.

Ok. Jom layan makanan lak. Sila jilat screen masing-masing yea..hahaa





Kalau datang sini, korang cuba salah satu daripada Sloppy Family dengan harga RM 15 segelas.







Komen aku tang makanan kat sini semuanya sedap. Kena dengan selera anak tekak aku, memang boleh datang sini ulang kali la. Berbaloi dengan cafe hipster. Paling best sekali spageti carbonara...nyummm.. Wajib cuba menu ni.


Ni port yang paling suami aku suka..hahaa. Selain dari Vape Shop, ada beberapa buah kedai kat sini, salah satunya ada kedai jual pakaian dan eksesori. 



Ruang parking yang amat selesa. Kalau ada rombongan kenduri atau rombongan mak esah nak datang lepak cafe hipster pon boleh sebab ruangnya boleh muat bas sekolah atau bas persiaran. 

Lokasi pun senang nak cari sebab betul-betul tepi MRR2. Aku guna aplikasi waze dan taip 'The Garage KL' terus sampai sini. Nak tengok update semasa kat sini, korang boleh usha Instagram The Garage KL. Kalau nak cari lokasi hipster yang lain, boleh usha Instagram Projek Hipster. 



Ok, last sekali aku tempek senarai menu dan harga untuk rujukan korang yea. Selamat menjamu selera.


Post a Comment

Salina Johari said... 28/1/16 8:55 AM

Menarik gak ni...

Lisa Nurulain said... 28/1/16 10:57 AM

berminat dengan makanan tu ..

Bahrain said... 28/1/16 11:29 AM

Perghh, terliur tengok makanan tu sedapp

✿ Ina Ainaa ✿ said... 28/1/16 4:03 PM

Megahnyaaa tempat makan kat sini... Boleh cuba try test nanti

Yana Libra said... 29/1/16 2:08 PM

menarik gak ni..

Ainul Mustafa said... 30/1/16 7:53 AM

rasanya haru nona buat kt situ. masa tengok kt tv nampak mcm best cafe tu. kena try la

 
Top