6


Banjaria Court yang terletak di Gombak dengan lokasi yang strategik menjadi pilihan ramai. Ada yang sedang mencari rumah untuk disewa? Kakitangan awam atau swasta? Aku cadangkan korang yang sedang mencari rumah untuk didiami di kota raya, boleh cuba usha rumah di Banjaria Court. Ok, sebenarnya ini rumah kakak aku. Dia nak sewakan rumah ni sebab sekarang dia dah bertukar ke Sabah dan rumah ni memang 100% rumah keluarga yang dilengkapi dengan pinggan mangkuk periuk belanga...hehehee

Aku selalu gak melepak kat rumah dia. Paling best, permandangan dari rumah ini boleh nampak cahaya lampu dari puncak Genting Highland pada waktu malam, berada pada aras 10 memang cantik tengok lebuh raya dengan deretan kereta. Best gila kalau korang menyewa kat sini.

Nak bercerita tentang kemudahan yang ada kat sini, memang banyak. Kolam renang tempat paling Mikhail suka setiap kali aku datang sini. Keselamatan anak memang terjamin sebab ada pengawal yang akan ambil nama ibu bapa yang mandi kat sini dengan anak. Mini market pulak bersebelahan dengan kolam dan taman permainan. Gym pun ada, nak sadokan diri? Boleh jer. Lot parking juga tersedia untuk setiap pemilik rumah. andai kata ada kereta lebih dari sebuah, boleh sewa lot parking dengan pihak pengurusan. Kemudahan lain, berdekatan dengan Bank, Giant Hyper Market, kedai makan, KTM/LRT dan majoriti penghuni di sini adalah Melayu.

Ada yang masih tertanya-tanya lokasi Banjaria Court? Haaaa.. berdekatan dengan UIA dan BAM. Lebuh raya berhampiran pula seperti MMR2, DUKE, NKVE, LDP dan Lebuhraya Karak. Orang pantai timur, nak paling kampung paling dekat dengan tol Gombak. Setiap kali nak balik kampung, aku memang wajib tanya dia keadaan jalan kat Gombak, sesak atau tak. Kalau aku dari Putrajaya kena hadap jammed nak sampai sini, tapi kakak aku relax jer keluar rumah kat Banjaria Court terus masuk Lebuh raya Karak. Gila jeles aku dengan dia. 


Kalau bab keselamatan pula, jangan risau sebab kat sini keselamatan terjamin memandangkan ada pengawal yang sentiasa buat rondaan. Akses untuk masuk ke Banjaria Court pun terkawal, bukan senang yea nak masuk ke sini. Kena lalui pintu pengawal terlebih dahulu. Suami aku macam biasa la, kena turun tulis nama, tingal pengenalan diri kat kaunter pengawal baru dorang lepaskan pelawat masuk ke dalam. Pelawat pulak tidak dibenarkan parking merata-rata atau parking kat lot parking berbayar, kena parking kat tempat 'visitor'. Memang privacy la sesapa yang tinggal kat sini.

Ok, rumah ni dah dilengkapi dengan perabot. Korang bawak beg pakaian jer. Bagi pasangan yang berkahwin, aku cadangkan korang pilih rumah yang dah tersedia macam ni. Tak perlu nak fikir beli barang itu, barang ini. 

Aku listkan kelengkapan rumah yang ada ;
  • Bilik utama ada aircond, katil, almari pakaian, kipas.
  • Bilik kedua pula ada kipas dan meja study
  • Bilik ketiga ada set katil bujang dengan almari solek.
  • Meja kopi dari rotan
  • TV (bukan flat screen)
  • Mesin basuh dan ampaian
  • 2 biji peti ais
  • Kabinet dapor berhod 
  • Dapur basah disediakan tong gas
  • Meja makan
  • Set sofa
* kelengkapan rumah ni 80% dari IKEA Woiii! rumah aku sendiri pun tak ada perabot dari IKEA. Meleleh aku tengok perabot yang ada kat rumah ni nak disewakan untuk korang. Memang bertuah sape dapat sewa rumah ni. 

Berminat untuk sewa atau nak tau lebih detail mengenai jumlah sewa bulanan, tingkat berapa, nombor rumah, gambar bilik, gambar dapur, gambar perabot, gambar ruang tamu dan apa-apa yang korang nak tau mengenai rumah ni, boleh hubungi tuan rumah 019-9813930 (Abg Mat). Nak gambar personal tuan rumah pun boleh, terus jer contact dia...hehehee. Aku tolong bercerita jer, lain-lain detail dalam rumah kena tanya tuan tanah okeh. 

.......................................................................................................................................................

Kemaskini 24.2.2016
Sudah disewakan. Penyewa berkerja di PUSPAKOM Wangsamaju


Post a Comment

cik mah said... 22/2/16 8:27 PM

Dekat ngan rumah cik.mah..slalu gak lalu situ...cantik gak ek banjaria ni..

Fazrol Amer said... 23/2/16 1:19 AM

Dia nak sewakan berapa tue? cam berminat jaa...

Bro Framestone said... 23/2/16 7:58 AM

Fuhhhhh.....!!!

Anonymous said... 23/2/16 8:50 AM

kelengkapan rumah dari ikea...letak la gambar skali kak oii, baru org leh tengok

BEKAM SUNNAH AL-AMEEN said... 26/3/16 3:01 AM

banyak juga tempat saya dh servey dekt banjaria court ni, tmpt ok dh ramai melayu, tapi bila saya bermint, sayang xd pula carbinet , bnyk yg basic jer, saya punya bajey mmg low, rm1200, hope ade rezeki cabinet pon ckop, saya suke bnda yg kemas,kalau ade pm saya kemasukkan bulan 4 atau 5 pon boleh, serios costmr

BEKAM SUNNAH AL-AMEEN said... 26/3/16 3:02 AM

call no 0172357115,( azizah)

 
Top