9
Banyak dah berubah.. 9 tahun lepas, kat Danga Bay tak ada mainan macam ni. Sekarang lagi meriah dengan banyak permainan. Rindunya aku zaman study kat Johor dulu.

Dapat main sekejap pun dah ok, ubat rindu Johor.

Zaman aku dulu, mana ada mainan macam ni...bila dah beranak pinak ni teringin pulak nak mencuba. Macam best jer. 



Aku tak tau apa nama mainan ni. Caj RM 15 untuk 6 minit kat Danga Bay, Johor. Mahal? Entahla.. Aku tak pernah jumpa mainan ini kat Putrajaya..hahaaa. Tapi ada kawan kat facebook bagitau, I-city Shah Alam pun ada.

Rupanya mainan ni dorang dah set time, cukup 6 minit dah tak boleh main. Mikhail pegang tu cam gear nak gerak ke kiri ke kanan, undur dan ke depan. Korang bawak la laju macam mana pun, benda ni tak terbalik..hahaaa..


Memula anak aku teriak tak nak naik, aku paksa jugak duduk atas riba. Lepas tu dah bergerak elok, diam. Dah mula rasa seronok, siap gelak-gelak lagi. Bila dah habis masa, dia pulak tak nak turun. Nak main lagi. 

Aku sempat rakam video kat instagram, korang boleh la usha macam mana mainan ni bergerak. Seronok jugak dapat main macam ni kan. Malu tu tolak ke tepi, boleh bagi alasan anak yang nak main..hahahahaa..


Post a Comment

Yana Libra said... 29/2/16 9:35 AM

waaa..1st time tgk ni..cam best jeee

Kakzakie Purvit said... 29/2/16 12:18 PM

Ala... memang ramai pun mak-mak yg bawa anak masuk sama.
Lagi pulak Dkna comel aje macam bawa adik kan:)

PeRdU cINta said... 29/2/16 1:36 PM

sesekali apa salahnya dkna...sama2 happy dengan mikhail..

Tukang Karut said... 29/2/16 2:09 PM

boleh tahan harganya!

Nadia Johari said... 29/2/16 2:12 PM

Tak pernah nampak mainan ni..mesti best

Zie Madini said... 29/2/16 2:18 PM

Mcm best je benda alah tu. Hehe. Budak2 mmg gitu kan, mula mula takut... Last2 tak nak balik. Hehe

Hasrul Hassan said... 29/2/16 7:12 PM

Konsepnya macam belon atas air tu ,,,

baby comel said... 29/2/16 11:34 PM

memula takut pastu jadi teruja dan terus tak nak turun ye. hihi, nampak best tu

adianiez AIDA said... 1/3/16 5:00 PM

last time ke jb tak dpt bwk anak2 ke danga bay.
ujan lebat!
sedang plan ni bila la nak ke jb :)

 
Top