13
Aku memang penggemar seafood, tambahan lagi aku memang tak ada apa-apa alahan untuk makanan laut.  Aku cuma perlu pantang tengok je, mesti nak makan...heheee. Bila aku dan kawan dari Kelab Blogger Ben Ashari dapat offer makan ramai-ramai kat Crab Hut Asia, tu perkara paling syok.


Ada rakan aku tanya, kat mana kedainya? Haaa.. korang on jer waze dan search 'Crab Hut Asia, Cyberjaya' terus korang akan sampai sana dengan selamat. Ok, kedai ni berada kat tingkat atas, jadi korang boleh parking kat basement atau berhadapan dengan bangunan Shaftsbury Square.


Sementara tunggu makanan dihidangkan, aku usha-usha dekorasi kedai ni. Menarik perhatian aku, unik dengan adanya tayar basikal yang boleh berpusing-pusing, macam roda bila digerakkan. Bagi yang suka selfie, satu sudut di pintu hadapan disediakan prop untuk korang. 




Ada yang tanya aku "apa apa kat sana? Ada nasi tak? Semua western ke? Mahal tak?". Haaaa.. Ok, mai aku kongsi menu yang ada kat sana, bukan setakat makanan laut, lain-lain menu pun ada.

Jamba Prawns with Thai Sambal Fried Rice
RM32.00
Crab's Hut Fried Jamalaya 
RM 25.90

Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Nasi Goreng Sambal Thai (bawah)Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Kelapa (atas)
RM 24.00
Fried Osyter Sanwich served with Lettuce, Onion, Tomato
RM 24.00
Seafood Bag | Baby Octopus & Prawn Combo
RM 29.00
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce
RM 39.90


Seafood Bag | Garlic Butter Hamaguri Clams + Yabbies + Scallop + French Beans
RM 175.90

Seafood Bag | Meat Crab & Mussels Jamba-jamba (Tomato Base)
RM 128.90

Dan yang paling tak sabar aku nak kongsi ngn korang, red lobster. Menu yang paling tiptop la. Kali pertama aku makan lobster dan nikmatnya...nyyuummm

Red Lobster 



Ribena Soda . Honey Lemon . Red Apple Strawbery Blend 
RM 7.90
Let Eat !
Fuh ! Dah meleleh air liur? Hahhahaaa. Maafkan patik hihiii. Banyak lagi makanan yang kami makan hari tu sampai balik rumah terus tidur kekenyagan. Terima kasih Crab Hut Asia melayan kami sepanjang malam.

Aku bagi tips untuk korang makan supaya tak membazir makan kat sini dan dapat makan pelbagai menu dengan budget masing-masing. Dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi macam detail kat bawah ni.

Cara order baru untuk makanan laut di Crab Hut.
  • Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
  • Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
  • Pilih satu atau dua Bag Buddies
Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:

Promosi Monthly Crazy Bag Februari : 2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)



Promosi Monthly Crazy Bag March : Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)



   Happy Hour Combo adalah setiap hari. 



Kepada pembaca blog www.dkna.my, korang layak untuk dapat diskaun 10% daripada jumlah bil yang korang makan kat sana. Paling senang, korang screen shoot jer gambar diatas dan tunjukan dikaunter semasa buat bayaran. Promosi ni sehingga 30 April 2016 dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Alamat:
Crab Hut Asia (Waze)
Shaftsbury Square,

Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor, Malaysia

Website : Crab Hut Asia
No Contact : 03-8322 6861

Post a Comment

Mama Kembar 3 said... 16/2/16 7:49 AM

Sedapnya lobster tu...

Akif Imtiyaz said... 16/2/16 8:26 AM

Wow sedap sangat ni...blh la pergi lagi kiki...semua nampak menyelerakan ...

Yana Libra said... 16/2/16 9:28 AM

sronoknyeee :)

Hanim Hashim said... 16/2/16 10:03 AM

nanti nak pi serbu sini la .... tak menahan tengok lobster bapak punye besar macam tu hehe

Azlinda Azman said... 16/2/16 10:24 AM

Offer tu...memang jahat tau !! Goda kami !! Hehehehe harus cuba pendek kata!

Julia Johari said... 16/2/16 10:33 AM

Sampai sekarang dok teringat-ingat aksi makan masing2...hehehhe semua enjoy makan puas-puas, sampai tolak lauk sana ke mari sebab tak larat nak habiskan...memang berbaloi lah makan dengan family

Lisa Nurulain said... 16/2/16 11:17 AM

Ooo ada minimum and maksimum ye... ingtkan tkde max menu hihi. Sedapp i love seafood gakkk

Kakzakie Purvit said... 16/2/16 2:39 PM

Melampaulah Dkna ni tau - buat kakak kecur tengok:)
Lobster tu lagi besar dari lengah Dkna.. kalau Dkna makan sendiri sah tak terhabis.

zaza zehra said... 17/2/16 7:37 AM

Tempatnya pun lawa.. Meriah tengok...yg penting crab tu...nyumm. Ada rzki ke sana boleh la singgah mkn.

Nadia Johari said... 17/2/16 7:36 PM

Mak aih harga dia..leh tahan..

salim harmanain said... 19/2/16 8:51 AM

Fuhhhhhh....tengok gambar pun dah mengiurkan....mesti cuba ni...

Mas Zull said... 24/2/16 8:44 PM

assalamualaikum dkna...wah sedapnya tengok menu2 di sini...:)

Kak Mahh said... 7/3/16 6:43 AM

Makan sedap tak ajak .

 
Top