3
Selama 3 hari aku berkursus di ILIM, Bangi dengan tajuk Runding Cara Keluarga. Dapat tau aku terpilih untuk kursus ni pun dah cukup gembira sebab tajuk tu memang sesuai untuk mereka yang sudah berumah tangga. Tambah ilmu dalam rumah tangga.

Macam-macam isu yang dibangkitkan dalam kursus ni. Dari permulaan bercinta, bertunang, berkahwin, bercerai dan tuntutan-tuntutan yang layak dituntut selepas bercerai. Bila kita berada dalam majlis imu ni, rasa kerdil sangat diri dalam ilmu rumah tangga. Banyak lagi yang aku perlu belajar dan harungi.

Aku tertarik dengan isu kecurangan yang boleh menyebabkan rumah tangga berpecah belah. Wujudnya orang ketiga, kecurangan si isteri atau suami. Perkara yang aku paling takut, bila penceramah usulkan perkara yang menyebabkan berlaku penceraian secara halus atau dalam bahasa lain, ilmu sihir. 


Apa yang dikongsi penceramah, ada sesetengah perkahwinan tak kekal lama disebabkan ilmu sihir. Ilmu yang buat pasangan suami isteri bergaduh, bertelagah sepanjang masa, bertikam lidah dan pendapat walaupun hal tersebut sekecil zarah. Ilmu sihir ini bukan dari suami untuk isteri, atau dari isteri untuk tundukan suami.

Tanpa kita sedar, orang sekeliling kita ada yang tak suka hubungan kita sekeluarga bahagia. Dia tak senang bila nampak keluarga ni harmoni, jadi dia gunakan ilmu sihir untuk merosakan rumah tangga orang lain. Bila dah berjaya, dia rasa seronok dengan penderitaan orang. Nauzubillah. Mintak dengan Tuhan, kita dijauhkan dari mereka ini. 

Penceramah tinggalkan pesan, andai kata suami tengok muka isteri rasa nak marah je dan sebaliknya, cubalah dekatkan diri dengan Allah. Cari mana silap kita, andai kata perkara ni berterusan, pergilah ke pusat perubatan berhampiran. Jom kita sama-sama muhasabah diri. 


Post a Comment

PeRdU cINta said... 19/2/16 12:54 PM

Subhanallah inilah yang paling ditakuti...

Julia Johari said... 19/2/16 1:30 PM

Doa doa doa Allah jaga rumah tangga kita semua DKNA...terkadang kita tak cari musuh...tak kacau sesiapa...tp hasad dengki orang kita tak tau...minta simpang sgt2

ieta mat sa'ad said... 3/3/16 1:38 PM

Cantiknya blog Dkna...

Ye betul kata penceramah tu. Salah satu kerja syaitan juga melalui pukau. Pukai juga boleh memporak-perandakan rumahtangga. Kengkadang, ada orang terlalu mudah simpati pada org lain, sampai tak sedar dirinya menjadi mangsa pukau. Nak² lagi pemukau bertopengkan kebaikan. Segalanya bisa berlaku.

 
Top