3
Sempat jejalan bawak anak semalam ke Kidzoona, Aeon Cheras Selatan. Kali pertama bawak Mikhail ke sini dengan plan asal nak bagi Mikhail main pasir. Bila aku sampai tu, aku tengok "wooww...bestnya" 


Biasanya, anak aku dalam kategori kecil lagi berbanding budak-budak lain. Jadi kena lebih ambil perhatian kat anak, tak boleh nak biarkan dia main sorang-sorang. 


Ada banyak station untuk anak main. Nak belajar ABC, main jual beli, nak memasak, nak main pasir bak kata tempat ni sesuai tuk anak explore dunia sebenar, education.


Aku biarkan Mikhail main pasir kat sini sebab dah penat melayan dia panjat sana, lari sini. Dalam 15 minit pertama dia main pasir ni elok jer, lepas tu dia bosan. Haaa.. Dah bosan, dia taburnya pasir ke atas kepala sendiri. Kemudian duk main baling pasir sesama dorang. Kalau tak silap aku, ni pasir betul, bukan pasir tiruan. 



Main memasak pulak, seronok dia duk masak. Mungkin sebab duk tengok aku masuk dapur sambil dukung dia..heheee.. Aku pulak yang teruja tengok mainan ni. Macam best jer beli letak kat rumah.

Ok, harga kat sini lebih murah dibandingkan dengan playground yang dekat Metro Point, Kajang.

Hari bekerja: RM 10 / entry
Hari minggu: RM 17 / entry




Post a Comment

salim harmanain said... 14/2/16 10:11 AM

Macam best je tengok. Teringin pulak. Dulu kecik2 takde tempat main cenggini. Hahaha.

PeRdU cINta said... 14/2/16 10:41 AM

Mikhail masak apa tu sayang...

ringantangan said... 14/2/16 2:52 PM

Seronok budak-budak zaman sekarang. Tapi kena bayar tu.. Huhu.. Main pasir bila balik kampung la nanti.. Hehe..

 
Top