13
Bangun-bangun.. ada orang kat rumah kita. Suami kejutkan aku ketika tidur, lepas tu aku bergegas keluar dari bilik tidur sambil dukung Mikhail. Ternampak bayang-bayang di balkoni rumah aku.
Aku sempat tunjuk kat suami, kelibat lelaki di balkoni. Tapi belum sempat aku nak larikan diri, nasib kami malang. Malam kejadian, grill rumah tak tutup dan sliding door pula tak berkunci. Lelaki tadi terus masuk dalam rumah, dan aku pulak cuba buka pintu depan rumah sambil dukung Mikhail.
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang tajam menyinggah di leher. Darah aku mula menyirap dari kepala hingga hujung kaki...

Allahuakbar ! aku tersentap dari tidur. Aku bermimpi. Seram gila mimpi aku seminggu yang lepas. Beberapa hari kemudian, aku cerita kat suami tentang mimpi aku. Suami hanya gelengkan kepala, diam tanpa kata. Errrmmm.. aku berdoa agar perkara ini tak terjadi kat kami sekeluarga.

Aku teringkat kes abang Zulkifli yang didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gara-gara membunuh perompak untuk pertahankan keluarganya. Aku tak boleh bayangkan, andai kata mimpi aku tadi jadi realiti, apa tindakan suami aku ketika tu? Apa yang akan aku lakukan untuk selamatkan anak?

Isu-isu semasa yang lain, korang boleh tengok di AskLegal.my


Dalam kes Zulifli ni, dia membunuh perompak diluar kawasan rumah dan dikatakan perompak tersebut tidak mempunyai senjata berbahaya. 

Aku simpati dengan kes abang Zulkifli ni, ramai yang pertikaikan tindakan beliau dengan undang-undang di negara ni. ramai yang menuntut haknya dalam mempertahankan keselamatan keluarga. Tapi disebabkan dia membunuh, dia disabitkan dengan kesalahan. 

Walau bagaimana pun, abang Zulkifli harus melalui proses undang-undang sebelum keadilan ditegakkan. Mempertahankan diri dan maruah keluarga adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika itu menyebabkan kematian orang lain. Tapi kita sedia maklum, kes ni bukan boleh diselesaikan di FB, bukan boleh diviralkan begitu jer. Abang Zulkifli perlu lalui proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehingga Hakim memutuskan dia tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga daripada perompak. Biasanya tempoh masa untuk kes perbicaraan ini mengambil masa 1 tahun.


Bagi kes tuduhan membunuh, peguam yang mewakili abang Zulkifli merupakan peguam yang dilantik oleh pihak mahkamah. Ini bermaksud, pihak kerajaan menyediakan peguam percuma bagi kes abang Zulkifli untuk pembelaan nanti. Sememangnya abang Zulkifli tidak bersalah, tapi dia terpaksa melalui prosedur ini sebab membunuh tu merupakan satu kesalahan jenayah dan perlu menghadap Hakim dan lalui proses bicara.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang, bantu keluarganya untuk teruskan kehidupan sementara abang Zulkifli masih dalam proses perbiacaraan sehingga selesai. Sama-sama kita doakan agar segala urusan perbicaraan abang Zulkifli nanti dipermudahkan oleh-Nya. InshaAllah.


Post a Comment

Azlinda Azman said... 21/2/16 10:04 AM

Moga kes Zulkifli ini di adili dgn seadil2nya

ciksepet.com said... 21/2/16 11:21 AM

Semoga cepat selesai.. huhu kesian

PeRdU cINta said... 21/2/16 1:41 PM

amin..amin..amin....

Pak Det said... 21/2/16 2:18 PM

aduh ..... agak zalim undang2 manusia...

Post Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015

Miekail said... 22/2/16 1:39 AM

If berdasarkan kes mimpi tu...boley amek tindakan sehingga menyebabkan kematian coz pencuri bersenjata,100% didalam rumah bukan dipanggil masuk tetapi mmg dah ada dlm rumah.mempunyai tebusan. . .nyawa terancam. Selebih nye kena tnye lawyer lah ye. .ikikiii

Daus Redscarz said... 22/2/16 8:40 AM

Semoga dipermudahkan urusan En Zulkifli.

Nazlee Ismail PCL said... 22/2/16 8:42 AM

umum berharap keadilan berpihak kepada yang benar dan sewajarnya Zulkifli mendapat pembelaan terbaik dari hakim yg dilantik.

Hanim Hashim said... 22/2/16 11:06 AM

benda dah jadi nak cakap macam mana lagi. Moga undang-undang kita mampu berlaku adil

Julia Johari said... 22/2/16 11:10 AM

harap kes ni segera selesai diadili sebaik baiknya...takut yang x bersalah terus dianiayai...

CikLily Putih said... 22/2/16 1:19 PM

itulah teruklah cam ni kan..
tak kan nak biarkan perompak bunuh kita plak kan

nini said... 22/2/16 1:54 PM

Sedihkan kalo mcm ni

Nadia Johari said... 24/2/16 10:17 PM

Kesiannya..harap ada caranya

Mohd Azfar said... 8/3/16 5:25 PM

bila salah kena la bicara.., adil juga dibicara utk kedua2 pihak.., kesian juga utk keluarga simati

 
Top