9
Seronok tengok kawan-kawan post gambar baby, comel semuanya. Dengar khabar, ramai rakan-rakan akan menimang cahaya mata tahun ni. Wah ! Tahniah korang semua. Tumpang seronok tau. Teringat waktu mengandungkan Mikhail dulu, persiapan pertama yang aku cari terlebih dahulu kelengkapan baby. Anak sulung kan, semua nak kena beli dan sediakan.

Kemudian aku cari pula kelengkapan untuk diri sendiri. Dalam fikiran aku memang dah set untuk menyusukan anak sepenuhnya. Jadi, aku dah ready dengan pam susu dan lain-lain keperluan nak simpan stok susu untuk anak. Macam mana dengan baju? Bila dah ada anak ni, aku kena cari pakaian yang berfesyen dan sesuai untuk menyusukan anak.

Rupanya kat Mumsluv ada banyak pilihan baju untuk ibu yang menyusukan anak. Naik rambang mata aku tengok nursing dress, nursing kurung dan nursing blouse, semuanya cantik. Antara ketiga-tiga pilihan baju ni, kesemuanya sesuai untuk aku gayakan ke pejabat dan outing dalam apa juga keadaan dan yang penting ia nursing friendly clothing dan menutup aurat. 

Bila cakap pasal nursing friendly clothing ni kebiasaannya pakaian mestilah sesuai untuk ibu menyusu anak dalam apa jua situasi tanpa terdedahnya aurat. Maksud aku, ada la zip yang tersembunyi dan memudahkan urusan untuk ibu bagi anak susu, tak perlu nak selak dari hujung kaki...heheee

Biasanya saiz baju aku XS, paling kecil memang agak sukar untuk aku cari baju yang bersesuaian dengan dengan kehendak. Tapi di Mumsluv, saiz XS hingga XXL korang boleh dapat baju nursing ni, aku terus 'bookmarks' website ni supaya senang aku shopping persiapan adik Mikhail nanti..hehheee

Ok...untuk makluman korang, Mumsluv akan berada di International Premium Baby Expo KLCC pada 26 hingga 28 Februari 2016. Paling menarik bagi pelanggan Mumsluv yang hadir dan sertai Lucky Draw akan bawak pulang TV Samsung Flat Screen 32". 

Hoooii.. hadiah lumayan tu. Aku nak pergi sana, harapnya aku orang bertuah menang Lucky Draw ni.. yeaaayyy.



Korang yang tak dapat pergi, jangan sedih yea. Korang masih boleh buat pembelian secara dalam talian.

Website : Mumsluv.com
Facebook : Mumsluv Exclusive
Youtube : Mumsluv Channel
Instagram : Mumsluv
Twitter : Twitter Mumsluv
Zalora : Mumsluv Zalora





Post a Comment

Siti Rohaida Yusof said... 15/2/16 9:32 AM

baju semua cantik2

Yana Libra said... 15/2/16 9:32 AM

skang dah sng kan nk dpt baju nursing..sediakan ongkos saja..huhu

Salina Johari said... 15/2/16 9:46 AM

Koleksi MumsLuv mmg best...K.Sal dah try...selesa sangat

PeRdU cINta said... 15/2/16 11:43 AM

cantik cantik semuanya dkna...

Hanim Hashim said... 15/2/16 2:12 PM

seminggu lagi yek ... ok dah tanda kalendar!

cik mah said... 15/2/16 3:52 PM

Ala..mmg xdpt g lah..dlm pantang..

Julia Johari said... 15/2/16 3:57 PM

tergoda plak tengok design dia lawa2....aduyaiiiiiii bahaya ni

Tukang Karut said... 15/2/16 6:36 PM

info yang berguna...

 
Top