10
Bulan Februari, bulan kelahiran mak. Tanggal 7 Februari 1951, itulah tarikh lahirnya mak aku. Kalau ikutkan perancangan awal, aku nak balik Kelantan ambil mak datang sini. 

Tapi korang faham kan, orang tua ni macam-macam alasan dia bagi tak nak datang kotaraya ni. Alasan yang terakhir dia cakap "tak payah membazir duit balik ambik ma, simpan jer duit tiket flight tu tuk belanja makan anak beranak, simpan cuti tu, nanti raya boleh balik kampung lama sikit" ....huwaaaa.. Sampai gitu alasanya..hahaha

Terbantut urusan aku nak raikan hari lahir mak kat kampung, suami pulak on duty. So, terlintas kat fikiran aku nak suprise jer la. Puas jugak aku tanya encik google kedai di Kelantan yang sediakan servis ni. Last sekali, aku mintak tolong kawan sekolah...heheee.. Sebenarnya, dia buat kat Kemaman dan kawasan berhampiran jer, kebetulan kawan aku balik kampung, terus je aku tempah chocolate bouquet. Kiranya, ni rezeki aku untuk teruskan niat nak suprisekan mak aku kat kampung.


Memang mak aku tak dapat teka yang aku nak buat surprise macam ni...hahhaaa.. Cuma aku bagitau mak, aku ada kirim barang kat kawan, nanti dia hantar kat rumah. 

Awal pagi kawan aku pergi ketuk pintu rumah...hehee. Mak aku pakai baju tidur lagi bergambar dengan hadiahnya. Tak lama kemudian, mak telefon aku cakap "tq, dah dapat gift". Dalam masa yang sama aku tukar topik perbualan, sebab kalau teruskan dengan kegembiraan tu, aku boleh nangis dalam telefon..heeheeeee

Bila tengok gambar mak aku dengan belon "65" hati rasa sayu, sedih. Mak aku dah tua, mak aku dah tak larat. Tapi aku tak sedar dia dah makin meningkat usia. Aku rasa seperti dia masih muda seperti zaman aku kanak-kanak. Aku pun tak sedar yang usia aku makin meningkat, anak aku makin membesar.

Tuhan masih panjangkan usianya untuk lihat anak, menantu dan cucu depan mata. Dialah ibu dan jugak pikul tanggungjawab sebagai abah sejak 16 tahun lalu. Susah senang hidup, kena maki, kena kutuk, kena hina dia tanggung sorang. 

Ya Allah, berkatilah hidup ibuku. Berikanlah kesihatan yang baik untuknya meneruskan sisa kehidupan ini. Semoga ibuku sentiasa dibawah lindungan-Mu. Amin.


Ada yang berminat nak buat suprise untuk orang tersayang, boleh contact kawan aku kat Facebook Mummy Gda dan Instagram Maajida. Lokasi sekitar Kemamam, Terengganu dan kawasan berhampiran. 

Post a Comment

Maria Firdz said... 10/2/16 8:00 AM

Alhamdulillah... Selamat hari lahir buat mak dyna...

✿ Ina Ainaa ✿ said... 10/2/16 9:09 AM

Sama dengan umur mak ena. Hehehe. Happy birthday kepada mak kak dkna. Semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan. Cantik hadiah akk bagi tu

Fiza Rahman said... 10/2/16 9:21 AM

Selamat hari lahir makcik.

Ruzita Idias Ismail said... 10/2/16 9:27 AM

Alhamdulillah.. Niat yang baik, In Sha Allah di permudahkan Nya. Semuga ibu Dkna diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang murah serta usia yang panjang..

Raihanah Ahmad said... 10/2/16 9:31 AM

selamat hari lahir makcik..

PeRdU cINta said... 10/2/16 9:51 AM

alhamdulillah..moga mak dkna terus sihat..mudah untuk melunaskan setiap urusan dunia mahupun untuk akhirat..amin...selamat ulangtahun kelahiran makcik..

Julia Johari said... 10/2/16 10:33 AM

nampak muda dari usia sebenarlah dkna...selamat hari lahir mama, mmmuahhh

Kak Mahh said... 10/2/16 12:07 PM

Hadiah dari seberang lambat sampai . ..

Inani Hazwani said... 10/2/16 12:52 PM

selamat hari lahir makcik :)

Aimaniman Ezaiza said... 10/2/16 3:49 PM

bw n follow blog nie,... bezday mak akak pun bln 2.. 10 hb,.. tapi sedey x dapat balik n x de bagi suprise... bertuah mak u..

 
Top