7
Korang pernah dengar tabung berhantu? Hahaaa... Seram pulak dengar bab berhantu ni. Kalau shopping pun aku kategorikan "berhantu" gak sebenarnya. 

Ok, nak dijadikan cerita. Aku dah lama terbaca kat status kawan-kawan yang shate cara simpanan duit. Ada yang simpan setiap hari untuk target masing-masing. Macam nak travel atau holiday dengan keluarga bila hujung tahun kan. 

Aku tertarik dengan simpanan duit hijau. Kalau tak silap aku, dah ramai yang guna pakai tips duit hijau ni. Contoh kalau korang pecahkan duit RM10 untuk beli sesuatu yang berharga RM2, jadi balance korang berkemungkinan akan dapat 1 keping RM5 dan 3 keping RM1. Jadi, simpan note 5 tu dalam tabung. Nak membeli lagi, pecahkan duit lain. Gitu !


Aku cadangkan kat suami, sama-sama kumpul masuk tabung. Bukan paksaan, nak kena dapatlan note 5 setiap hari pun. Andai kata dapat note 5, simpan. Kalau dapat lagi simpan. So, kami suami isteri pun setuju. Adil..sama-sama menabung. Jadi tak ada la isu aku simpan sorang-sorang je.

Buat masa sekarang, aku nampak penambahan yang positif. Cuma waktu mula-mula nak menyimpan tu ada gak tersasul nak pecahkan duit RM5 lepas tu simpan balik dalam pulse..hehehee. Bila dah terbiasa, InshaAllah akan berdisiplin. 

Kata orang, sikit-sikit nanti lama-lama jadi banyak tanpa sedar. InshaAllah. Korang ada buat simpanan berhantu macam ni tak? 


Post a Comment

careno said... 5/2/16 7:58 AM

nak buat jugak laaa gini... dah baca ritu tp x terdetik nak buat... ni br terdetik ni... hehehe...

dorsett pink said... 5/2/16 10:17 AM

good tips.. saya punya style pulak, setiap hari rm1 simpan masuk tabung & all the duit syiling semua masuk tabung hari2

Raihanah Ahmad said... 5/2/16 10:43 AM

good tips. memang best buat ni. kami simpan rm20. bulan januari je dah simpan rm600 jugak. untung betul

yoorin melacolea said... 5/2/16 1:18 PM

baru jugak start kumpul duit hijau start awal tahun ritu.. & makesure lah tabung nya jenis tak boleh nak bukak sesuka hati.. hahahaa.. insyaa Allah,..

Lisa Nurulain said... 5/2/16 1:37 PM

tabung 50sen jeee ada. hahahaah

Maria Firdz said... 5/2/16 3:19 PM

tengah displinkan diri untuk amalkan..

Kak Mahh said... 11/2/16 5:48 PM

Pinjam duit hijau boleh .

 
Top