6
Balik kerja semalam, terus ke Ayer8, Putrajaya dengan kakak aku konon nak pusing-pusing jer. Lepas tu dipelawa nak makan apa...ermm. Perut aku tak lapar sangat dan tak kenyang sangat, nafsu makan tu slow sikit. Kebetulan sambil jalan tu ternampak gambar maggi ketam kat Selero D Timur, Ayer8. Apa lagi, jom singgah !


Dah lama teringin nak makan maggi ketam, tapi setiap kali nak pekena maggi ketam, nafsu lebih kepada makan nasi. Hahhaaaa.. Bila dah sampai depan kedai pun aku boleh patah balik cari nasi, ko rasa?? hahahaaa..

Kali ni try maggi ketam, alang-alang ada orang nak belanja..hihii. Aku order yang spicy dan pilih ketam bunga. Harga RM 28 semangkuk. Rasa kuahnya macam kari sikit, tomyam sikit. Tapi sedap la, selera tekak aku kata "derrbaaeekk". Maggi ketam ni memang pedas berasap telinga wooii. Sape suka pedas, ini menu terbaik untuk korang cuba. Ketam bunga ni pulak memang isinya banyak, berbaloi la dengan harganya.


Duk fikir camna nak makan ketam dengan cara yang paling sopan, maklum la pakai baju kebaya bersanggul lagi, harusla sopan..hahaaa.. Tapi..tapi.. jangan harap la korang boleh sopan bila dapat pegang ketam depan mata, tak ingat anak dah oiitt. Lepas makan tu, aku harap kat kedai ni tak ada cctv yang merakam aksi aku makan..heheee.

Teringin lak nak makan maggi ketam yang lain pulak. Ada tak lokasi lain tuk aku try maggi ketam?

Post a Comment

Inani Hazwani said... 25/2/16 8:19 AM

Sedapnya. Kecur air liur tengok maggi ketam. Hahaha ! Boleh lah try jugak lepas ni :)

Wan said... 25/2/16 8:42 AM

Sedap nyer....tambah2 orang belanja yer...semua org kt situ makan dengan penuh penghayatan...xpikir sopan dah...hihi

eima said... 25/2/16 10:19 AM

takut nk mkn ketam .... sbb jari injured ..terbelah jari ai ... seminggu xdpt mkn nasi guna tgn

misz sheyla said... 25/2/16 12:03 PM

ade lagi kat choleq jln reko bangi...tapi hari tu mkn ketam xbape fresh...

Julia Johari said... 25/2/16 3:02 PM

Tak yah sopan nak makan maggi ketam ni dkna...julia makan memang bersepah semua hahahhaha...baru puas hati

Anonymous said... 17/8/16 9:18 AM

Boleh try maggi ketam Miss Pah Hot Pot dekat Bucida Court, Damansara. Review semua ckp best. Try la.

 
Top