7
Bangun awal pagi tiba-tiba merajuk tak tau apa punca. Dari atas katil, bergolek sampai ke bawah sambil minum susu sampai habis. Haiii anak... Ibu tak tau kat mana silap, tiba-tiba merajuk awal pagi. 


Aku perhatikan je gelagat dia. Aku tengok dia bangun, guling-guling sambil gigit puting botol susu tu dan jalan kesana-sini. Lepas tu baru aku teringat, puting botol susunya dah masuk yang ke-3 berlubang. Kalau macam ni gaya bawak botol susu pakai gigi je, memang boleh putus la puting tu nak...hahaaa. 


Lubang tu pulak bersaiz sebatang gigi dia. Elok jer berlubang, kalau tak tengok elok-elok memang tak perasan pun puting tu dah berlubang. 

Sekarang, kat rumah aku dah standby puting baru. Penat jugak kalau setiap minggu nak ke kedai cari puting baru, baik beli lebih buat stok kat rumah. Harap bila dah makin banyak gigi, jangan digigit sampai putus puting tu. Mahal nak oiittt harganya...hahahaaaa


Post a Comment

EjamOthman said... 3/2/16 7:50 AM

gatal gusi nak tambah gigi baru kot.
benda baru dapat nanti beralih bulan dia dapat benda lain pula perangainya...hehe

Julia Johari said... 3/2/16 8:21 AM

mesti dia tak puas nak gigit kot...cuba dkna beli biskut baby tu bagi dia kemam...tak pun cek gusi dia...gatai la tu

Rizziela said... 3/2/16 8:53 AM

mcm anak sy gak dulu.. x larat nak ganti puting susu

Kakzakie Purvit said... 3/2/16 9:59 AM

Hihi... kakak dpt bayangkan masa guling-guling & jalan sana-sini botol digigit kat puting tu yg cepat aje bocor. Semakin banyak akal tu Dkna:)

Lisa Nurulain said... 3/2/16 12:37 PM

sama la.. hahah si kecik ni asik nak gigit je puting botol susu. nak bagi yang keras dia tk nak. nak suruh minum guna cawan tak nak juga... haha

Kak Mahh said... 4/2/16 5:11 PM

Protes nak puting baru .

 
Top