8

Kali kedua aku datang Legoland Malaysia dan kali ni aku datang untuk tengok The Lego 4D Movie, A New Adventure. Ok, semalam aku bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari dan media hadir untuk perasmian The Lego 4D Movie ni. 

Ini merupakan tarikan baru bagi pengunjung yang datang ke Legoland Malaysia. Korang boleh layan movie 4D bersama-sama keluarga. Bagi orang Johor pulak, korang dapat satu kelebihan dimana pembelian untuk 1 tiket dewasa akan dapat percuma 1 tiket untuk kanak-kanak (buy 1 adult, free 1 chidren). Jimat kan? Kalau ada anak 2 orang, dah dapat 2 tiket free untuk anak dengan pembelian 2 tiket dewasa. Bestnya jadi orang Johor.


Promosi bagi The Lego Movie 4D A New Adventure ni bermula bulan Mac hingga April dan pembelian dalam talian www.legoland.my , korang layak dapat lagi satu promosi. Beli 1 tiket , dan layak untuk dapatkan diskaun 50% bagi tiket ke-dua. (Buy 1 ticket, get the second @ 50% off’ )





Hari perasmian, suasana memang meriah dengan maskot lego. Anak-anak pun seronok dapat bergambar dengan maskot lego. Dalam panggung pulak, korang boleh rasa percikan air, boleh rasa angin bertiup kencang...hehehe. Dah nama pun 4D kan, pakai spek mata yang disediakan memang nampak real la. Ada tembakan, tiba-tiba aku mengelak dari kena tembak...hahaaa. 


Movie ni makan masa lebih kurang setengah jam, jadi korang boleh tengok kat papan kenyataan waktu tayangan. Bolehlah rancang aktiviti lain sementara menunggu tayangan The Lego Movie 4D, A New Adventure di Legoland.


Ok, lepas dah tengok 4D, aku sambung main kat theme park dan water park lagi hari ni. Semalam tak puas main kat Legoland..heheee.. Korang yang merancang untuk bercuti di Legoland, jangan lupa tengok The Lego 4D Movie, A New Adventure. 






Post a Comment

Mas Zull said... 27/2/16 9:01 AM

assalamualaikum dkna...wah seronok semuanya...:)

Lisa Nurulain said... 27/2/16 12:55 PM

seronok... heheh mcm mna basah2 tu

Uncle Zuan said... 28/2/16 9:23 PM

tak pernah merasa ke lego land. tunglaaaa

Hanim Hashim said... 29/2/16 8:35 AM

Tahniah Legoland dah ada 4D Movie .... makin menarik ni!

Zie Madini said... 29/2/16 2:20 PM

Kenapalah time zie duduk JB dulu, legoland ni belum wujud. Huhuhu. Jelessss :D

baby comel said... 29/2/16 11:47 PM

InsyaAllah, tunggu Sarah besar sikit. Nanti balik kampung Johor kitag Legoland. tengok lego movie. mana tau akan dtg 6D plk ke. hihi

Padin said... 1/3/16 1:30 AM

huhuuu duduk sejengkal je dgn taman tema ni tapi
tak terjejak lagi kaki ke sana....

mungkin suatu hari nanti... mungkin..

 
Top