3
Aku rasa, korang yang bekerja mesti akan rasai apa yang aku rasa setiap pagi. Rasa berat hati nak hantar anak ke taska, tadika atau ke rumah pengasuh kalau anak korang dalam keadaan mengantuk atau meragam seawal pagi. 

Kalau mood anak ok, bangun pagi sambil senyum lepas tu boleh main kejar-kejar dalam rumah sebelum ke taska aku fikir hati ibu nak tinggalkan anak happy jer. Sebab dorang dah ceria seawal pagi.


Tapi kalau seawal pagi, matahari pun tak naik lagi, dah kena hantar anak ke taska. Tengok pulak riak wajah anak seperti redha dalam pasrah kena hantar ke taska awal pagi. Aduiiiii.. Berat hati seorang ibu. Rasa macam nak patah balik rumah dan tidurkan anak sampai dia betul-betul puas tidur.

Kadang-kala rasa bersalah pulak bila awal pagi dah kejutkan anak sedangkan waktu tu dia tengah nikmat tidur.. Ermmm.. Ini lah salah satu cabaran untuk ibu yang bekerja. Tapi bila kita redha dan pasrah buat semua tu untuk kelangsungan hidup, inshaAllah semua urusan kita dipermudahkan oleh-Nya.

Semoga semua anak-anak syurga kita dirahmati dunia akhirat. Amin. 

Post a Comment

Yana Libra said... 17/3/16 9:36 AM

saya faham perasaan tu T_T

Akak Kembang said... 17/3/16 11:26 AM

memang cian tgk anak nak dilepaskan pd org lain lebih2 time kecik ni.

PeRdU cINta said... 17/3/16 1:05 PM

amin..amin..amin..Mikhail kan good son..in sha Allah ok..ibu ayah kerja..

 
Top