11
Sebenarnya dah lama suami aku ajak ke Boat Noodle, Cyberjaya. nak cuba katanya sebab sebelum ni ramai yang viralkan boat noodle dengan gambar mangkuk bertingkat-tingkat. Perh ! Kalau tengok gambar kawan-kawan post mangkuk yang dorang makan tu, aku pun teringin gak nak susun-susun macam tu. Banyak betul korang makan erk.

Kali pertama kesana, memang terkial-kial jugak aku nak order. Tak tau nak makan yang mana. Macam biasa, jeling meja sebelah tengok apa yang menarik dorang makan..hahahaa. Aku pun order jugakla, order tunjuk-tunjuke jer pun. Lepas tu tanya pelayan, meja sebelah tu makan apa? Menu yang mana.. hahahaa..


Antara menu yang aku order kat Boat Noodle, Pathumthani Beef Thai Rice Noodle dan Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle. Korang yang suka pedas, aku cadangkan ambil hidangan ni. Rasanya pedas-pedas masam sikit. 

Kalau bawak anak, boleh order Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle sebab yang ni tak pedas dan ada rasa sedikit masam. Tapi anak aku memang tak makan, mungkin sebab masam kot..hehee.. geleng-geleng kepala jer.


Hidangan seterusnya, aku order Thai Popeye's Tempura. Unik betul nama hidangan kat sini, mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang aku makan tu. Haaa.. ni sebenarnya kangkung goreng tepung, rangup sangat. Ada sos disediakan untuk makan dengan kangkung ni, sosnya macam cheese tapi versi cair.


Bagi mereka yang baru nak mencuba makanan kat sini, aku rasa berbaloi la cuba 1 hidangan untuk menu yang disediakan di Boat Noodle ni. Kalau nak dijadikan 'Hi-Tea' memang sesuai la, kalau nak dijadikan sebagai menu lunch, aku rasa tak cukup kenyang walaupun aku makan sampai 10 mangkuk...hahahaaa. 


Tips aku amalkan kalau nak cuba sesuatu makanan yang baru, aku akan order satu hidangan jer untuk satu menu kemudian kongsi makan dengan suami. Kalau sedap dengan tekak, aku akan repeat order. Untuk makanan dan servis kat sini, aku bagi 3.5/5.

Boat Noodle Cyberjaya 
UG 19 Dpulze Shopping Centre, 
Lingkaran Cyber Point Timur, 
Cyber12, 63000 Cyberjaya


Post a Comment

Maria Firdz said... 21/3/16 10:42 AM

Sedapnya tengok menu...

Kak Nieyl said... 21/3/16 12:10 PM

Sedapnya.........

Kakzakie Purvit said... 21/3/16 12:57 PM

Biaslah Dkna makan di boat noodle kalau mangkuk tak bertingkat-tingkat mana kenyang. Bila dah bersusun baru puas:)

Mikhail khusyuk tunduk buat apalah agaknya tu.

• Ain Cho'in • said... 21/3/16 12:57 PM

Sedap nya. Bermangkuk-mangkuk memang tak sah kan kalo makan kat sini. Yummy. :P

Bahrain said... 21/3/16 2:07 PM

selalu makan kat situ cyberjaya pastu ada bukak kat ioi mall putrajyaa terus makan kat situ je dekat skit.

Yanty Lee said... 21/3/16 2:38 PM

Boat Noodles ni blm pernah try.. kena pi bila free nnt

CikLily Putih said... 21/3/16 3:03 PM

k lily pi sehari sebelum awak pi... sebab teringin nak makan kan

eima said... 21/3/16 3:22 PM

TAK PERNAH TRY LA LG MKN KAT SINI RAMAI YG SHARE KAT IG SUSUN MANGKUK BERTINGKAT2 MCM BESH JE

Sue Izza said... 21/3/16 6:23 PM

tok dang laginak try ,selalu gi aroi thai je

Inani Hazwani said... 21/3/16 9:55 PM

Selalu jugak Nani melepak Boat Noodle ni. Hehe :D

Emarieys said... 22/3/16 12:44 PM

tak pernah try lagi ni... kalau makan sayur jer..mana nak kenyang kan.

 
Top