17
Sabtu lepas, aku ke Alamanda kononnya nak tengok Boboiboy The Movie yang hangat dipasaran. Kali pertama nak bawak Mikhail tengok wayang. Tapi sedih, sebab semua tiket dah sold out sehingga hari Ahad. 

Pergh! Penangan citer kartun ni memang mantop la. Bukan anak jer teruja, mak bapak pun sama teruja. Macam aku la, terlebih teruja nak bawak anak ke panggung, terus aku beli tiket untuk hari Isnin, show lepas waktu kerja.


Aku tengok mood anak aku elok je semalam. Dalam perjalanan nak ke Alamanda, aku tanya "mikhail nak tengok boboiboy" . Sepantas kilat dia jawab "nak" sambil angguk kepala.

Sampai depan lobi GSC, anak aku bukan main seronok lagi tengok gambar Boboiboy. Tepuk tangan, lompat sana sini tengok gambar Boboiboy. 




Show da nak mula, aku bawak masuk panggung, dia mula gelisah. Terus menggelupur tak nak duduk kat seat. Tunjuk pintu keluar. Pujuk punya pujuk tak makan saman. Makin kuat, aku terus bawak dia keluar.

Cubaan seterusnya, masuk lagi sekali waktu tu show dah mula beraksi. Makin kuat teriaknya..teresak-esak. Akhirnya, aku ajak suami keluar sebab aku tau Mikhail sangat takut dengan bunyi yang kuat. Kesian kat anak tapi aku boleh gelak sebab pengalaman pertama bagi kami..hahaa. 

Satu pelaburan untuk wayang semalam, try and error tuk Mikhail pada usia 1 tahun 10 bulan. Ok, next time kita try and error lagi, mungkin setahun akan datang. Aku harap, Boboiboy tak menakutkan anak aku lagi..hahahaaaa...

Teringat pulak waktu aku layan The Lego 4D Movie, anak aku teriak jugak lepas dengar sound dalam panggung. Lepas tu suami bawak dia main kat luar, main lego. Tinggal aku sorang je layan 4D. heheeee. Kesimpulannya, Boboiboy The Movie menakutkan anak aku yang sedia ada takut pada bunyi yang kuat.

Post a Comment

Que Achmad said... 8/3/16 8:33 AM

hahahha, terus xberani lg nak bawak Ean Rifqee

Yana Libra said... 8/3/16 9:23 AM

Adam pun baru pernah sekali bawak..faill..hehe..setahun kot masa tu..dia tak nak duk diam, tak takut bunyi atau gelap, nak main tangga...rugi tikettt..huhu..skang baru setahun 7 bulan..tak tau bila nk bwk try lg..tgk wyg kat umah je laaaa...

Jueliza Jamani said... 8/3/16 9:25 AM

Alahai mikhael... maybe dia tak biasa kot dkna.. nanti dah besar2 ok tu.. comel plak mikhael nagis. Heheheh

✿ Ina Ainaa ✿ said... 8/3/16 9:41 AM

Alalalala ciannyaaa hero akk.. Dia tak biasa lagi hehehe

Kakzakie Purvit said... 8/3/16 10:24 AM

Kesiaaannnyaa:(
Kakak rasa bukan Mikail takut boiboiboy tapi audio sound system dlm panggung yg berdengung tu yg dia tak suka Dkna.

Cuba tunjuk BBB yg di tv mesti suka kan:)

Yana MIB said... 8/3/16 11:45 AM

zafran 3 bln dh bwk masuk wayg..bahaha zafirah pn sama #jangankecamsaya :p

PeRdU cINta said... 8/3/16 12:20 PM

in sha Allah nanti lama lama ok..gerun dengar bunyi kuat ya Mikhail :)

yanie yusuf said... 8/3/16 12:34 PM

alah cian dia.. xpe next time ye.. ramai jugak yang bawa anak-anak tgk cter boboiboy ni.. habis je dgr anak-anak dok cerita kat ayah diorg pasal boboiboy.. hihih

Husna Rahman said... 8/3/16 2:48 PM

kartun feveret zaman skrg..dr kecik smpai skrg xpernah miss kartun apa2pun..maklumler jiwa kanak2 je sllu...hikhik..boboiboy bezz!!
bukan takut agaknya terkjut kot..

ubai ismail said... 8/3/16 5:40 PM

hahaha mikail oh mikhail.. dia takut tempat gelap kot. nanti dah besaq t. mesti tak tkut dah.. :)

cik tom said... 8/3/16 8:40 PM

ala sian mikhail takut bunyi kuat ekk...takpe dkna..try error..tengok pulak tahun depan macam mana..hehe..

Kak Mahh said... 8/3/16 9:14 PM

Jom mikha ! Elong lanjer .

budutempe said... 9/3/16 2:32 AM

oloolooolooo cian dia,meh uncle bawa meh kita dok dua hehehhe
jemput singgah http://sibudutempe.blogspot.my/

nuyui a.k.a miss YUI said... 9/3/16 9:12 AM

mmg penangan crita ni..hihih.. ramai dh tgk

Belalang Hijau said... 9/3/16 10:00 AM

hahaha adeh, sabo jela anak...
Belalang Jr. dulu first time tgk citer seafood (betoi ke eja?)
nangis juga tapi seb bek x ajak kuaq... tgk gak smpi abis :)

Tukang Karut said... 9/3/16 4:18 PM

anak aku pun dah ajak ni... hummm kena la pi...

Azlinda Azman said... 9/3/16 5:05 PM

dak comel ni geram....hehehe pandai tgk wayang dah ye ..

 
Top