6
Hari ni aku nak share satu lakosi menarik untuk makan, lepak, santai dan lain-lain yang menarik kat Brolly Crab Factory. Lokasi ni di Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Menara Felda dan berhampiran dengan KLCC. Macam sebelum ni, aku akan guna aplikasi waze untuk ke mana-mana lokasi yang aku tak pernah pergi. Waze memang banyak membantu dan pasti aku tak sesat. Nak ke sini, aku search jer 'Brolly Crab Factory' dan lebih kurang 20 minit aku sampai ke destinasi ni dari Putrajaya.


Permandangan dari luar Brolly, cantik gila sebab boleh tengok KLCC. Ok, kenapa aku panggil Brolly ni bengkel kedai makan? Bila aku masuk jer dalam ni, aku pandang kiri kanan penuh dengan kelengkapan membaiki. Sport rim tergantung sana sini. Tertanya-tanya, betul ke kedai makan? hahaaaa..



Lagi menarik perhatian aku, tempat basuh tangan yang mana sinki diperbuat daripada tayar kereta dan paipnya bentuk pam minyak..fuh! kreatif betul pemilik kedai ni. Sejujurnya, aku tak perasan pun ni tempat basuh tangan. 

Kalau tempat pun dah menarik, makanan kat sini pun pasti menarik jugak. Ok, jom tengok apa yang aku makan kat sana.

Pelbagai jenis minuman
Cencaluk Fried Chicken Wings 


Variety Skewer (Lamb, Chicken, Striploin. Tiger Prawns & Baby Octopus)


Beef Yakiniku Omelette Curry Don 
Seafood Fried Rice Lunch Tray


Ayam Percik Lunch Tray
Chicken Burger

Beef Burger
Lambogarlic Pizza


Beef Ribeye With Mushroom Sauce & Mash
Beef Sirloin With Black Pepper Sauce & Fries


Flower Crab Set (STB MILD)
Chunky Peanut Butter & Tiramisu

Waffle
Puas hati bila dapat makan dengan kawan-kawan, rasa sekejap jer makanan yang terhidang habis. Dengan ragam masing-masing yang seronok, bergambar, berborak dan bergurau senda. Tempat yang kami makan ni lebih adalah privacy dan sesuai untuk korang tempah meja makan bersama-sama keluarga besar. 






Signbord Brolly Crab Factory bersebelahan dengan Menara Felda. Jangan risau nak parking kat masa yea, sebab pihak Brolly dah sediakan tempat parking FREE di Menara Felda. Khas untuk pengunjung kedai ni.

PROMOSI ! PROMOSI ! PROMOSI !




Aku bagi tips untuk korang makan supaya tak membazir makan kat sini dan dapat makan pelbagai menu dengan budget masing-masing. Dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi macam detail kat bawah ni.

Cara order baru untuk makanan laut di Brolly Crab Factory.
  • Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
  • Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
  • Pilih satu atau dua Bag Buddies

Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory 
Menara FELDA, Platinum Park, No 11, 
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122

Post a Comment

Hanim Hashim said... 3/3/16 11:43 AM

Ya Allah ..segalanya nampak sedap! Tak jadi la diet ... haha :D

PeRdU cINta said... 3/3/16 12:51 PM

Best ni makan berjemaah kan dkna...

Yana Libra said... 3/3/16 1:22 PM

waaa..sdpnyee

Kakzakie Purvit said... 3/3/16 1:48 PM

Betullah Dkna owner dia sgt kreatif bukan aje dari interior restoran tapi juga dlm hal serving hidangan juga.

CKB said... 3/3/16 1:55 PM

sdapnyeeee

Azlinda Azman said... 3/3/16 2:07 PM

menarik dan sedap

 
Top