9
Siapa tengok instagram dan facebook aku minggu lepas? Korang perasan tak yang aku bergambar dengan artis Azhar Sulaiman. Wah ! Teruja gila kot dapat jumpa artis dan bergambar lak tu. Sebenarnya, Azhar Sulaiman ni merupakan Head of Strategy and Corporate Planning bagi Camelus Brand Malaysia




Aku pasti korang pun tertanya-tanya gak kan, syarikat apa tu? Produk apa yang dikeluarkan? Tak pernah dengar pun sebelum ni. Haaa.. ni aku nak kongsi cerita ngan korang waktu aku ke Palmabrand Sdn Bhd yang terletak di Batu Caves.

Aku bersama-sama dengan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari lain kesana untuk sesi penerangan mengenai produk yang dikeluarkan oleh Palmabrand. Kalau korang tengok  logo pun dah boleh tau yang Palmabrand ni menghasilkan produk dari unta. 


Waktu kaki aku melangkah masuk ke dalam pejabat ni, terus terdetik dalam hati 'woww..smart showroom Camelus ni. Mewah !'. Susun atur produk pun menarik dan paling best bila ada unta..haaa.. Unta yang kat belakang aku tu, bukan unta yang ada kat padang pasir..heheee.

Lepas tu dapat layanan dari staff kat sana dengan mesra. Rasa macam VVIP pulak aku waktu tu. Lepas daftar nama kat kaunter, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis biskut sebagai ala perut sebelum sesi penerangan produk.


Biskut ni bukan sebarang biskut, biskut ni terhasil dari susu unta. Susu unta adalah salah satu bahan yang terdapat di dalam biskut ni. Rasanya, memang sedap dan sesuai sangat kalau nak makan untuk hari raya akan datang. Banyak pilihan pulak tu, aku dah rasa kesemuanya. Nasib baik tak angkat balang ni bawak balik rumah..heheee



Kemudian, kami masuk ke bilik mesyuarat untuk sesi perkenalan mengenai produk Camelus yang berasaskan susu unta. Korang tau tak antara susu yang paling bagus didunia selepas susu ibu ialah susu unta dan diikuti dengan susu kambing. Khasiat ni memang tidak dinafikan memang terbaik sebab mengandungi banyak nutrien untuk menyembuhkan penyakit dan vitamin C yang ada dalam susu unta pula boleh mengukuhkan gigi dan gusi. Dan yang paling bagusnya susu unta membantu untuk mengekalkan dan mengurangkan gula paras darah. Haaa.. korang ada masalah kesihatan?

Ok, kalau nak bercerita tentang kecantikkan pulak, susu unta ni baik untuk kulit dan berfungsi sebagai pelembap dan perlindung bahan tambahan dan tak ada kimia. Aku suka...aku suka..aku suka..hahahaa. Perempuan ni pantang je bab cantik, memang akan teruja la.

Produk yang dikeluarlakan oleh Camelus Brand ialah Camel Milk Original Coffee, Camel Milk with Tongkat Ali Coffee, Camel Milk with Teh Tarik Gaharu, Camel Milk Chocolate Cereals, Camel Milk with Sakura White Extract for Beauty. 


Produk Camelus akan berada di pasaran mulai April 2016 dan bagi sesiapa yang berminat untuk jadi stokis atau agent jualan, boleh klik SINI atau terus ke pejabat operasi 


Alamat
Palmabrand Sdn Bhd
No.33-M, Jalan DBP
Dolomite Business Park,
68100 Batu CavesSelangor
Tel : 03-61787846

Facebook Camelus Brand
Instagram camelusbrand_malaysia
Website camelus.com.my
Stokis / Agent : Pendaftaran
Emel : camelusbrand@gmail.com
Hotline 014-6644262
Telefon : 03-61787846

Post a Comment

Julia Johari said... 28/3/16 7:58 AM

Menariknya biskut tu diperbuat dari susu unta...dlu bukan main punya susah nk dpt susu ni tau...kena pi makkah baru leh dpt...ni kat Malaysia sendiri dh produce...bagus

Hanim Hashim said... 28/3/16 9:37 AM

penghasilan biskut dari susu unta? Macam mana la rasanya ye ... kena try gak nanti ni ;)

Akif Imtiyaz said... 28/3/16 9:39 AM

Sangat menarik produk daripada susu unta ni..sebelum ni dah byk dgr mengenai produk berasaskan susu...tapi yg berkaitan ngan susu unta..kiranya ni laa first time jumpa kot...sebelum tatau pon..Semoga produk susu unta akan mendapat sokongan drp org ramai di luar sana..insyaallah..

PCL said... 28/3/16 9:45 AM

Menarik ! Banyak gak eh produk dari susu unta ni.. teringin nak cuba tak pernah rasa lg..

Lisa Nurulain said... 28/3/16 11:19 AM

kalau biskut tu dari susu unta.. bnyk khasiat la ye.. wahh leh makan bnyk2

Nadia Johari said... 28/3/16 11:37 AM

Selalu dengar susu kambing je..hah nak lain dari lain susu unta pula..

Azlinda Azman said... 28/3/16 11:42 AM

Bagus Azhar Sulaiman, usahawan berjaya insyaallah. Dkna, nanti buat testi camelus. ;)

Sue Izza said... 28/3/16 1:22 PM

tak sabar tunggu susu ni kuar kawan-kawan dah tanya huuhuu

Wendy Pua said... 7/4/16 8:33 PM

nak share dgn kawan2 saya

 
Top