13
Lepas breakfast tadi, kat pejabat aku tiba-tiba kecoh. Semua serbu tangga kecemasan, aku ingat ada kes kebakaran. Rupanya dorang tengok gerhana matahari melalui tingkap dekat pintu kecemasan, kat tangga. Gigih betul dorang ni.

Aku nak join sama, tapi disebabkan ramai sangat, aku duduk kat kerusi habiskan makanan dulu...heheee.. Rupanya kawan-kawan aku tengok gerhana matahari ni dengan guna filem gambar yang zaman dulu, orang kata guna cara lagend la. Alhamdulilah, aku dapat tengok bentuk gerhana matahari ni. Cantiknya ciptaan Tuhan. Subhanallah. Tapi aku tak boleh nak snap gambar sebab pakai telefon memang tak nampak la kan. Cuma aku dapat share beberapa keping gambar yang aku terima dari whatsapp.






Aku masih menunggu gambar-gambar lain yang bakal dikongsi kat whatsapp. Semoga ia menjadi kenangan kita bersama.

Saya kongsikan doa dan bicara hati Gerhana Matahari ini dari Prof Wan Maseri [Kredit Sheilainspire]

Bicarahati gerhana matahari:
Allahumma ya Kabir ya Mutakabbir, sesungguhnya Engkau maha Besar dan memiliki seluruh kebesaran dan layak dibesar2kan, Engkau dibesarkan kerana kekuasaanMu dlm mengatur perjalanan alam dan isinya. Setiap peristiwa termasuk gerhana adalah agar kami manusia merasa kerdil dan kagum dgn kehebatanMu. Gerhana ini juga menunjukkan kekuatanMu ya Aziz ya Jabbar ya Mutakabbir dlm mengawal bulan, bintang dan setiap sesuatu agar kami manusia merasa lemah dan dhaif dan Engkau mampu memadam matahari dan menghancurkan segala makhluqMu di langit dan seluruh alam ini adalah dlm genggamanMu ya Qoobidh, Ya Qohhar ya Jabbar. Ya Allah, masukkan rasa membesarkanMu, mengagongkanMu, meninggikanMu, kagum dan gerun kpMu setiap saat..


Perkara lain yang sunat dilakukan semasa gerhana matahari adalah solat sunat gerhana matahari,  dan sedekah

Post a Comment

Belalang Hijau said... 9/3/16 10:02 AM

tak sempat tengok tadi
atas motor tgh drive dtg keje :)

Kak Nieyl said... 9/3/16 10:58 AM

Tidak berkesempatan nak tengok...
sbb opis di kelilingi dengan bangunan..

AmyZana said... 9/3/16 12:17 PM

Saya langsung tak tengok sebab dok dalam bilik je dan langsir semua tutup

CikLily Putih said... 9/3/16 1:45 PM

tak sempat nak tengok busy tadiii

PeRdU cINta said... 9/3/16 2:50 PM

SubhanAllah... :)

Hazmin Hamudin said... 9/3/16 3:20 PM

Susah nak dapat dah filem gambar ni. memang tak dapat nak tengok la tadi gamaknya.

Kakzakie Purvit said... 9/3/16 3:35 PM

Cantik kan Dkna.
Kakak tak tengok sebab dah masuk office malas nak turun.
Tengok juga dari tingkap suasa suram tak cerah macam selalu

Kakzakie Purvit said... 9/3/16 3:35 PM

Cantik kan Dkna.
Kakak tak tengok sebab dah masuk office malas nak turun.
Tengok juga dari tingkap suasa suram tak cerah macam selalu

Cik Puan Eka said... 9/3/16 4:10 PM

sempat tgok tadi. Memang cantik sgt SubhanaAllah

Tukang Karut said... 9/3/16 4:14 PM

SubhanAllah...

mama leen said... 10/3/16 11:04 AM

subhanallah... sempat tengok juga semalam :)

Nabila Syifa said... 10/3/16 11:33 AM

subhanallah..tp xsempat tgk live

Akif Imtiyaz said... 11/3/16 7:50 AM

Tak sempat nK tgk huhuhu

 
Top