6
Apa yang menjadi viral, itulah yang jadi ikutan kat Malaysia ni. Terjebak tanpa sengaja..heheee. Sebenarnya, dari minggu lepas lagi aku mencari sumi jelly kat Putrajaya ni. Aku pun nak join viralkan aiskrim ni. Tapi apakan daya, beberapa kedai yang aku pergi kat area rumah aku semua dah habis stok.

'anney... sumi ada?'...'dah habis kakak...sumi...jelly..plastik eskrim semua dah abis kakak'.. Sambil geleng-geleng kepala dan gelakkan aku. Hampeh betul mamak ni..hahahaa. Last sekali, aku cakap kat suami nak cari barang nak buat aiskrim sumi jelly yang jadi viral tu. Suami aku on, kali ni jauh sikit aku mencari sumi jelly kat Tesco Kajang. Kebetulan ada sale kat Tesco sehingga 6 Mac 2016, boleh la terus beli stok drypers anak.


Puas jugak aku berpusing dalam Tesco mencari sumi jelly dan inilah salah satu rembatan yang ada kat Tesco Kajang. Stok sumi jelly pun dah tak banyak kat rak. Aku rembat je yang mana ada depan mata. Kalau malas buat aiskrim, boleh bagi anak makan sumi jelly camtu je.

Resepi Aiskrim Sumi Jelly
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • Sumi / Jelly
  • Sedikit Gula
  • Secubit Garam
Cara Cepat Buat Aiskrim Sumi Jelly
  • Masukkan susu pekat, susu cair, 2 sudu gula, secubit garam dan 2 cawan air. Biarkan mendidih seketika
  • Tuang separuh dalam jug dan tambah air masak sedikit demi sedikit. Kemanisan ikut selera tekak masing-masing. Bagi aku, aiskrim kalau tak manis, tak sedap dan bila makan pulak 'kelembutan' aiskrim tu berbeza dengan yang kurang manis
  • Potong 4 sumi dan masukan dalam plastik aiskrim, campur warna supaya nampak meriah. Bagi jelly stick pula, aku masukkan terus dalam plastik aiskrim
  • Tuang air gula tadi ke dalam plastik aiskrim yang dah terisi sumi jelly. Kerja lebih cepat bila sumi jelly dah tersedia



Resepi pun senang jer dan tak perlu banyak bahan, lebih kurang buat koktail je sebenarnya. Tapi yang leceh, nak mengikat, mengisi sumi jelly dan tuang air gulanya dalam plastik aiskrim. Kalau ada anak yang memerhati je kat dapur, aku rasa tak sempat nak masukan sumi jelly dalam plastik, habis macam tu jer..hahahah. 

Patutla ada yang jual dengan harga RM 0.50 sebatang. Bagi aku, ok jer ngan harga ni dengan cara nak buat aiskrim tu. Nak makan sebatang dua tu, kalau malas nak buat lebih baik beli jer..hehehee. Untuk 1 resepi ni, aku dapat lebih kurang 25-30 batang aiskrim. Persoalannya, sape nak habiskan? Hahaaa.. korang nak beli? Ok...aku jual 50 sen sebatang..hehehee..


Post a Comment

Cik Yanie said... 6/3/16 10:26 AM

semalam bru buat hahaha

PeRdU cINta said... 6/3/16 1:39 PM

Mikhail meh sini hantar rumah acik PC...hihi...

Yana Libra said... 7/3/16 10:01 AM

hehe..gigih buat tu..kenalah habiskan..hhe

Kakzakie Purvit said... 7/3/16 10:14 AM

Kakak belum kesempatan lagi nak buat Dkna
Teringin juga nak buat tapi itulah macam busy sangat..

Hero comel Dkna makan suminya aje kot:)

Lisa Nurulain said... 7/3/16 2:54 PM

hahah teringin juga sebenarnya .. tp malas . sini pula tkde orang jual. wakakakka

Akif Imtiyaz said... 11/3/16 7:54 AM

Nak buat jugak tapi sampai ke sudah tak buat2...sebab dah makan dah yg org duk jual kat sebelah umah..

 
Top