15
Terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga aku terlupa nak share sesuatu untuk korang semua tau... sesuatu yang kadang-kala kita endah tak endah jer apa yang berada disekeliling kita. Kadang-kala kita pejam mata je bila tengok perkara ni depan mata. Sesuatu yang aku maksudkan ialah isu dadah. Mungkin apa yang aku nak kongsi untuk korang, boleh dijadikan sebagai panduan jika ada dikalangan saudara-mara, sahabat handai atau jiran tetangga yang terjebak dengan dadah. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. 

Aku takut nak share isu sebegini, takut ada yang aku kongsi ni menyebabkan korang rasa 'annoying'. tapi perlu kongsi info yang aku dapat mengenai dadah ni. Kalau sebut saja Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dalam fikiran dah tau 'dadah'. Tapi kalau sebut CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC), masih ramai yang tak tau apa fungsi CCSC ni. Aku pun ada beberapa orang sahabat yang berkhidmat di agensi tersebut tapi aku sendiri tak pasti bidang tugas mereka.


Setelah aku dengar taklimat di CCSC, Chow Kit oleh pegawai disana bersama-sama dengan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari, baru aku tau apa peranan CCSC ditubuhkan di tengah-tengah kota raya yang padat dengan orang. Waktu aku sampai kesana, aku tertanya-tanya 'macam tak percaya ada pejabat kerajaan ditengah bandar macam ni?'


Ok, aku share secara ringkas fungsi CCSC yang lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat   Pulih dan Prihatin adalah sebuah institusi terbuka dalam komuniti dan   disasarkan kepada semua lapisan masyarakat yang menghadapi   permasalahan dadah.

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah di dalam komuniti
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan bantuan berkaitan permasalahan dadah
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan
  • Menggalakkan lebih ramai individu yang mempunyai permasalahan dadah  datang mendapatkan perkhidmatan pemulihan  secara sukarela



CCSC, Chow Kit adalah lokasi panas (hot-spot) berdasarkan pelbagai masalah seperti gelandangan, penagihan dadah, pekerja seks dan kanak-kanak terbiar atau keciciran pelajaran. Bagi permasalah sosial macam ni, penubuhan CCSC secara tak langsung dapat mengurangkan jumlah penagih dadah tegar (klien).


Sebenarnya, mereka nak berhenti ambil dadah tetapi disebabkan ketagihan yang melampau, mereka perlu bantuan. Klien yang datang kesini semuanya dengan sukarela untuk terima rawatan. Klien akan menerima rawatan terapi gantian dengan Methadone dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan (doktor) bagi mencegah penyakit berjangkit.

Klien akan didaftarkan di pantau oleh doktor sepanjang mereka menerima rawatan. Aku sempat dengar penerangan dari doktor yang sedang bertugas kat sini. Kata akhir dari doktor tersebut, andai kata ada dikalangan ahli keluarga kita yang terjebak dengan gejala dadah, jangan pinggirkan mereka tapi cuba bantu mereka cari jalan penyelesaian untuk pulih dari dadah.

 



Kebanyakan klien yang mengadu kepada doktor tersebut, mereka sebenarnya dah berubah tapi orang terdekat, masyarakat sekeliling tak memberi sokongan sehingga mereka terjebak kembali ke kancah penagihan. Mereka perlu meneruskan kehidupan harian, ada yang berkeluarga dan punyai anak. Ada dari kalangan mereka yang kerja bagus tapi masih berusaha untuk hilangkan rasa gian pada dadah.

Banyak program yang diadakan di CCSC untuk klien ni pulih sepenuhnya. Salah satu cara dengan dekatkan mereka dengan masyarakat diluar. Itu merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan. 

Kesemua klien diberi layanan yang baik, diberikan makanan setiap hari semasa mereka menerima rawatan kat sana. Sepanjang aku berada disana sehingga pukul 10.30 pagi, bilangan klien dah cecah 38 orang dan satu-satu masa CCSC boleh mengumpulkan lebih 100 orang klien. Fuh! bayangkan masa akan datang, berapa ramai lagi yang bakal terjerumus dalam kancah dadah ni kalu tidak dibendung dari sekarang. 



Jadi, sama-sama kita membantu mereka untuk pulih sepenuhnya dengan menyebarkan info yang aku kongsi ni dengan orang ramai. Aku sarankan bagi mereka yang boleh berfikir secara normal, tolong bantu klien yang korang kenal dengan memperkenalkan mereka kepada CCSC yang berhampiran supaya mereka dapat pulih sebaiknya melalui jalan yang betul.

Untuk maklumat lanjut mengenai CCSC, korang boleh layari www.wecareweserve.org dan www.adk.gov.my atau lawati sendiri CCSC berhampiran. Semoga ia bermanfaat untuk semua.


Post a Comment

Lisa Nurulain said... 22/3/16 2:03 PM

bnyak nyaaa , sini pun ada bnyak penagih dadah tpi susah nak detect walaupon bnda kecik

Lyssa Faizureen said... 22/3/16 2:13 PM

perghh . banyak nyee , 1 rumah ...

Nadia Johari said... 22/3/16 2:24 PM

Bagusla diaorg ade hati nak berubah..sebba tu perlu ada sokongan

Allene typicalmommy said... 22/3/16 2:57 PM

penagih ni, kalau nak berubah kena dapt sokongan kuat dari org sekeliling...

YB Shehan said... 22/3/16 3:28 PM

wow.. moga urusan mereka dipermudahkan selalu. penagih ni memang memerlukan sokongan kuat utk tlg mereka berubah. hmmm

JAMIL HASHIM said... 22/3/16 3:29 PM

SINGGAH PETANG ~http://jmbelog.blogspot.my/

Kakzakie Purvit said... 22/3/16 3:38 PM

Sungguh menyedihkan sebab yg terlibat ramainya bangsa kita
Jadi adanya badan seumpama ini at least adalah pemantauan dan tindakan apa yg perlu dilakukan kepada golongan begini..

Sebenarnya kakak pun baru tahu bila baca N3 Dkna ni tau.

Hanim Hashim said... 22/3/16 4:06 PM

moga lebih ramai lagi yang boleh buka mata dan mendapat info tentang ccsc ;)

PCL said... 22/3/16 5:12 PM

Penagih ni sepatutnya didekati bukan sebaliknya. Dekati mereka utk merubah mereka ke arah kebaikan. Tak semua orang tau adanya agensi kerajaan yang memberi servis seperti CCSC. Ramai yang tau AADK hanya buat serbuan / tangkapan saja.. (ini aku sediri akui)

Faizal Fredley said... 22/3/16 7:08 PM

kita selalu shopping kat co kit dulu...kdg2 nqk masuk lorong kat situ pom x berani sb kawasan hot spot...

Mama Kembar 3 said... 22/3/16 7:42 PM

Bagus ada tempat macam ni. Klien yg nak berubah tu, masyarakat pun perlu sokong.

✿ Ina Ainaa ✿ said... 22/3/16 10:46 PM

Kesian kadang kala tengok mereka yang terjebak dengan dadah ni. Ada mereka nak berubah tapi still tak dapat nak kawal diri. Kesian. Ramai juga ena jumpa pesakit ena yang drug addict. Sedih. Apapun, jangan cuba dekati dadah, kalau tak menyesal

Inani Hazwani said... 22/3/16 11:50 PM

Baru tahu kewujudan ccsc ni. Bagus bila wujudnya pusat macam ni untuk membantu penagih2 dadah ni pulih. Setuju ada yang nak kembali menjalani kehidupan normal tapi family dan kawan2 tak support.

Julia Johari said... 23/3/16 11:33 AM

Allahuakbar, rasa nak menangis baca dkna, julia tak dapat turut serta wpun dekat sgt dgn ibu pejabat ni kekangan kerja sgt padat...ramai yg nak insaf, ramai nak kembali kepada fitrah dulu sebelum terjebak dadah...Allah...tolong semua support mereka, jgn pandang rendah pada mereka...kita semua pernah buat salah...Allah maha ampun...good job kbba!

Akif Imtiyaz said... 23/3/16 2:19 PM

Semoga mereka2 ni akan terus berubah dan tak ambil dadah lagi....

 
Top