6
Setiap hari aku akan fikir perkara yang sama bila sampai pejabat. Bila letak jer handbag dan buka pc, aku akan termenung sekejap. Perkara yang aku fikir 'nak makan apa hari ni'. Kadang-kala aku lebih rela puasa waktu pagi atau tengahari sebab dah tak tau apa yang nak dimakan.

Walaupun ada 3 cafe kat bangunan pejabat aku, macam-macam hidangan yang ada tapi sampai satu tahap aku rasa semua makanan tu aku dah tak boleh nak telan...hahaha.. Kadang kala, aku tengok makanan pun aku rasa nak muntah. Muak ! Korang pun sama jugak macam aku kan, sampai satu tahap akan bosan makan kat cafe. 



Tapi aku cuba tak skip makan pagi sebab tu memberi tenaga untuk aku bekerja seharian. Kalau sempat, aku cuba buat bekal untuk kami bertiga. Sekadar goreng donut atau letak roti dengan nutella pun dah memadai untuk alas perut. Cuma untuk lunch, hampir 2 minggu aku tak makan, aku duduk je kat meja sambil makan biskut dan air panas... tu lebih nikmat...nyumm..nyummm..

Tapi balik rumah petang nanti, aku jadi lipas kudung kat dapur sambil bersilat dengan anak teruna...hahahaa. Sekarang ni pun dah fikir nak masak apa. Last week mak kirim 2 ekor itik dari kampung....ermmm.. ada seekor lagi yang belum masak, tersimpan rapi dalam peti ais. Ada sesiapa boleh share resepi atau menu yang sesuai untuk masak itik?


Post a Comment

DYatie ABakar said... 29/3/16 2:00 PM

Sama la kita! Sampai ke tahap tak tahu nak makan apa. Huhu.

Farah Dafri said... 29/3/16 2:26 PM

kak dkna kurus. sumbat apa pun tkpe. kita nk makan kena pilih2 :(

Inani Hazwani said... 29/3/16 2:47 PM

Betul sangaaat, bila pergi cafe tengok lauk pun dah tak lalu nak makan. hari2 menu sama

Nazlee Ismail PCL said... 29/3/16 4:48 PM

wahh itik, emm patutlah dkna x kisah sangat offer makan itik bangi...hahaaa

Julia Johari said... 30/3/16 9:58 AM

Letak roti dgn nutella tu pun syok dah dkna...juju ni kena mkn nasi sehari sekali kalau tak mula ar nak marah orang hahahahha

yokoz said... 8/4/16 5:05 PM

karena keseringan makan yang sama jadi bosen, untuk itu perlunya variasi dalam hidangan makanan

 
Top