11
Aku pernah tengok family yang suka kumpul gambar pasport anak mereka setiap tahun. Menjadi hobi mereka kumpul gambar anak, jadi bila anak dah besar dorang boleh tengok perubahan bentuk wajah anak dari kecil sampai dewasa. Lepas tu dorang cakap, mereka ambil gambar ni sebab nak isi borang kemasukan anak ke taska atau tadika. Seronok pulak aku tengok keluarga ni. Teringin juga buat macam tu, tapi memadai aku kumpul gambar anak dalam telefon jer la..hahahaa

Kali pertama bawak Mikhail nak ambil gambar ni kat Alamanda selepas Boboiboy The Movie Menakutkan. Rupanya mood dia memang tak elok hari tu. 2 kali masuk kedai nak ambil gambar, tak nak dijawabnya. Jadi, hampalah harapan aku dan suami berganda-ganda. Dah la tiket wayang burn, nak bergambar pun tak boleh. Balik rumah dengan pasrah.




Lepas 2 hari kemudian, sekali lagi aku try and error ke kedai gambar Alamanda dengan harapan mood dia hari ni ok. Bagi upah main dekat play ground. Elok jer tengah main, entah macam mana boleh terjatuh. benjol dahi ! Lasak !

Aku dah risau bila dia dah menangis, mood nak bergambar kelaut. Tapi, sebaliknya yang jadi. Lepas menangis tu, ajak minum pearl milk tea kemudian masuk kat kedai gambar. Sambil bersembang-sembang, nampaknya rancangan aku hampir berjaya.



Ini gambar ukuran pasport untuk Mikhail yang pertama pada usia 1 tahun 10 bulan dengan benjol di dahi. Bukan senang nak ambil gambar ni dengan karenah anak. Mood dia dah ok tapi tak nak duduk atas kerusi. Aduh ! macam mana nak ambil gambar ni? Lepas tu pekerja kat sana bagi tips, dukung anak atas bahu dan suami aku duduk atas kerusi untuk tangkap gambar. 

Horey ! Misi berjaya snap gambar pasport setelah puas jugak memujuknya untuk dapatkan gambar macam ni. Ni jer gambar yang paling elok...yang lain, hancur sebab mata pandang atas, jeling kiri kanan, kepala senget, tangan terangkat...hahahaa. 

Lepas ni kalau nak isi borang taska, tak payah nak risau lagi. Pakai yang ni jer, rasanya untuk 3 tahun akan datang pun muka anak tak berubah kecuali rambut jer...Bila agaknya rambut anak aku nak lebat. Tak kan nak bawak ke Yun Nam Hair Care lak..hahaha.. 

Post a Comment

Umie Adli said... 30/3/16 9:30 AM

comel...senyum lagi tu. sweetlah awak ni dik

Julia Johari said... 30/3/16 9:57 AM

Wauuu mikhael dah ada gambar pasport yeyyyy omey dah dia...rajin kan kalau keluarga yg suka kumpul gambar passport anak dari kecik sampai besar...

dorsett pink said... 30/3/16 11:10 AM

betul tu. saya dah rasakan perasaan seorang ibu. bukan senang nak suruh si anak buat sesuatu yang kite nak.. memang mak kena banyak sabar... kalau dating hari mood tak baik, habis semua plan gne macam tu jer...

dorsett pink said... 30/3/16 11:11 AM

smlm saya bawak anak saya gi salon rambut utk tujuan gi potong rambut. masuk kedai ok jer, lepas dah suruh duduk atas kerusi, terus mengamuk satu kedai tengok. huhu.. last2 balik tak jadi gunting rambut.. hampess (mummy sedih)

Suriaamanda said... 30/3/16 11:18 AM

comel...pas ni bleh buat passport obersea plak..dah bujang dah si kecik ni

Kakzakie Purvit said... 30/3/16 12:52 PM

Pandai juga org photo-studio itu kan Dkna
Hasilnya memuaskan:)
Tengoklah Mikhail senyum tak payah dipaksa - comel sangat kan:)

Hanim Hashim said... 30/3/16 12:52 PM

jambu muka mika! hahaha ....good job boy ;)

Mas Zull said... 30/3/16 1:18 PM

assalamualaikum dkna...hancem boy la...;)

Yana MIB said... 30/3/16 4:42 PM

benjol tu yg mahal tu..kenangan! haha

Noriza Rahman Momma Vogue said... 30/3/16 8:55 PM

Bagus juga ada keangan benjol tu, baru dia ingat bila besar nanti..chia chia chia

Inani Hazwani said... 31/3/16 11:57 AM

Wahhh kemain manis dia senyum. hehe

 
Top