5
Dah lama aku tak memasak awal pagi, dan bawak bekal ke pejabat. Lagi-lagi sejak ada anak ni. Bukan tak sempat sebenarnya, tapi malas menguasai diri bila buka mata, tengok anak kat sebelah terus peluk. Malasnya nak bangun! Hahaaaa. 

Ada ketikanya bila suami tanya soalan 'pagi esok masak apa?'  Sebenarnya, point utama yang dia nak sampaikan 'esok masak la apa-apa jer tuk bawak bekal'... Aku boleh jer masak tapi makanan yang ringan-ringan jer.

Kadang-kadang dah muak nak makan kat pejabat. Hari-hari tengok lauk yang sama. Semalam, aku order nasi berlauk ikan tongkol kat pejabat. 


Pukul 7.45 pagi aku dah makan nasi ni habis sebungkus..hahaa. Awal gila aku pekena nasi, tapi kalau kat Kelantan memang waktu macam ni dan menu berat camni aku duk makan dari kecik. Orang kata perut nasi...heheee.

Kalau kat Kelantan, nasi berlauk macam ni boleh dapat dalam harga paling murah RM 3, tapi kalau kat Putrajaya ni jangan harap la. Harga ni RM5 untuk makan pagi jer tau. 

Fuh! Berpeluh gak la kalau fikir duit habis tuk makan je..hihii. Kat fb aku, ada lah yang cakap mahal. Ermmm..nak buat camne kan, dah dijualnya dengan harga macam tu, nak makan, bayar.. Hahaa

Tahun lepas, aku pernah share harga makanan yang mahal kat SINI. Lepas GST, memang makin mahal la makanan, kadang-kadang macam tak tercapai dek akal kalau fikirkan harga yang melampau.

Tempat korang macam mana? Harga masih mampu bayar sambil senyum?



Post a Comment

Jamaludin said... 16/3/16 10:57 AM

Jadi ngiler gue liat gambar di atas hheee...

nuyui a.k.a miss YUI said... 16/3/16 1:32 PM

blh tahan harganya..huhu.. sni ok lg

uncle gedek said... 16/3/16 3:19 PM

Nasik belauk terr…!

♥ aiNa yaZiD ♥ said... 16/3/16 4:23 PM

boleh tahan la dkna... aina msh dapt dlm range 3.50 lg huhu.. mkn plg plg sehari 20 hengget dr pg smpai malam.

idzwa kamaruddin said... 16/3/16 4:48 PM

kat sini jalan raja laut ni byr sambil nangis..kekekeke..pagi jek sekurang-kurang nyer RM7 ok..

 
Top