8
Aku percaya dan yakin, korang akan setuju dengan aku bila aku katakan isteri super hero!! Hahaaa.. Mana datangnya hero seorang isteri? 

Heronya datang sendiri bila suami tak ada disisi. Segala urusan kena buat sendiri tanpa bantuan suami. Tapi...tapi...tapi.. Kalau suami ada bersama korang, secara fizikal dan rohani akan lemahlah seorang isteri..hahahaa

Contoh, aku sendiri selalu alami perkara ni. Biasanya kalau suami aku on duty awal pagi dan tak sempat nak balik ambil aku kat rumah dan hantar Mikhail ke rumah pengasuh. Jadi, aku jadi super hero awal pagi. Semua aku kena setel sendiri. Termengah-mengah sorang-sorang. Macam lipas kudung dalam rumah. Tu belum lagi anak mengamuk seawal pagi. 




Aku mampu jadi super hero, dukung anak yang mengada-ngada tak nak bangun, tak nak mandi, tak nak berjalan..hahaa. Waktu gini la anak buat-buat manja dia. Terpaksa aku dukung anak, galas beg anak, galas handbag, pegang botol air dan bekalan ke pejabat. Dan bayangkan isteri mampu pakai high heel okeh..kikiiii..

Dengan menggunakan kudrat tulang 4 kerat, mampu kunci rumah dengan sempurna dan boleh bawak kereta terus ke rumah pengasuh. Kadang-kadang terpaksa naik tangga ke rumah pengasuh kalau liff lambat sangat. Fuh ! nasib baik tingkat rendah jer kan.

Paling hero yang aku rasa bagi seorang isteri, bila mampu senyum sambil selfie dengan anak...hahahaa. Isteri super hero ! Banggalah kalau korang adalah seorang wanita dan isteri.


Post a Comment

Yana Libra said... 15/3/16 9:45 AM

haha..mmg super hero kan..

Inani Hazwani said... 15/3/16 11:34 AM

Memang superhero betul ni macam2 boleh buat dalam satu masa. Hehe

Raihanah Ahmad said... 15/3/16 11:46 AM

tahniah semua isteri2 superhero, supermommy

Kakzakie Purvit said... 15/3/16 11:55 AM

Yezzz!! betul superhero sangat-sangat sebab tak mengeluh dan masih mampu tersenyum. Syabas Dkna.

Kak Mahh said... 15/3/16 1:39 PM

Ala...mikha memang mengada manja .

Hanim Hashim said... 15/3/16 1:48 PM

akak tak kira ... ada husband kat sebelah ke takde ke akak hari-hari jadi superhero hahaha ... tangan dah la kurus kering tapi macam-macam beg boleh sangkut kat situ hahaha ... naik pulak tangga tingkat 2 ... haaaa hahahaha :D

FF said... 16/3/16 6:44 AM

boleh dah tambah sorg lgi tu...hihi

 
Top