8
Beberapa hari lepas, aku tengok kak Hanim makan kambing bakar. Bukan main nikmat gambar dia share kat facebook dan instagram. Aku lak terliur tengok kambing bakar tu. Teringin pulak nak rasa macam mana sedapnya kambing bakar AA Super Grill ni. 

Lepas tu ajak suami try makam kat sana gak la. Kebetulan, AA Super Grill ni join booth kat Fantastic Malaya Food Festival , Shah Alam. Terus jer aku ke sana, sambil cari kambing bakar sambil food hunter..heheee


Aku sampai sana lebih kurang pukul 4.30 petang. Tengah panas gila, terus cari booth no.71. Paling senang jumpa sebab booth ni dekat dengan soopa doopa.

Orang tengah ramai membeli, aku gigih tunggu kat belakang sambi usha jer daging kambing yang tengah bakar. Terliur wey !




Nampak tak roti tu? Haaa.. Roti ni diberikan percuma untuk setiap pembelian 1 set kambing bakar. Ok, kali pertama aku jumpa gerai yang jual macam ni. Kelainan yang diketengahkan oleh owner dia. Makan kambing bakar dengan roti, kenyang sampai malam woi. Terbaik !


Bila dah dapat kambing bakar tu, cepat-cepat aku cari meja makan kat depan stage. Selesa nak makan bila disediakan meja makan, tapi terhad. Kena tunggu turn, baru dapat duduk...hehehee.

Ok. Sos kambing bakar ni sedap dan budak-budak boleh makan tapi kalau ditambah sedikit rasa pedas aku lagi suka..nyummm..nyumm..

Esok hari terakhir AA Super Grill buka booth kat sana. Orang Shah Alam, tunggu apa lagi, dah sampai lokasi festival nanti share gambar korang sambil nikmati kambing bakar.


Bagi yang tak berkesempatan nak makan kambing bakar ni, boleh singgah gerainya yang terletak kat Subanv Bestari. Nak buat tempahan pun boleh. Untuk makluman korang juga, AA Super Grill ada cawangan di Bangi dan juga di Terengganu. Hebat !

AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI 

Jalan Nova U5/N,
Subang Bestari 40150 Shah Alam
Selangor



Waktu Operasi

Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am
Ahad : Tutup 

Tempahan: +6019 634 0294 (Aslam Zahari)

Follow di ;
Intagram : @aa.supergrill
Facebook : AA Super Grill
Tagline: "Mok Kito Maroh Jual Mahal"


Post a Comment

Nadia Johari said... 27/3/16 12:35 AM

Nak terjah esok..huh..terliur dah ni

Azlinda Azman said... 27/3/16 2:15 AM

Mmang sedap..nk merecik lagi ;)

Ainul Mustafa said... 27/3/16 8:06 AM

sedapnya kambing.. feberet tu. kena terjah ni

Daus Redscarz said... 27/3/16 8:12 AM

Kambing favourite aku... nyum3x..

lyana ishak said... 27/3/16 9:35 AM

Walaupun bukan penggemar kambing . Lepas baca entri terasa mcm nak p carik sekarang jugakk

Mama Kembar 3 said... 27/3/16 11:46 AM

Satu hari nanti kena pi try gak lah kambing bakar ni, dah banyak baca review kata sedap

akubiomed said... 27/3/16 9:06 PM

Tidak berani makan kambing sebab tidak biasa. :)

Yana Libra said... 28/3/16 9:39 AM

sedapnye tgkk

 
Top